Spesifikasi Toyota Crown Sport, Sedan, Estate didedahkan - pilihan trenkuasa hibrid, PHEV, FCEV

oleh Mohamad Hanif|
Bulan Julai 2022, generasi keenam belas Toyota Crown telah pun rasmi menerjah pasaran global yang dimulakan dengan kehadiran Crown Crossover.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Tidak cukup dengan itu, Toyota dijangka melancarkan tiga lagi bentuk badan Crown dalam masa terdekat, iaitu Toyota Crown Sport, Crown Sedan, dan juga Crown Estate.

 


Difahamkan, Crown Sport merupakan model kedua yang bakal muncul pada musim luruh tahun ini, diikuti dengan model Sedan sementara Crown Estate pula dijangka tiba pada tahun 2024.

 


Selari dengan peralihan kepada trenkuasa yang lebih hijau, generasi baharu Crown akan ditawarkan dalam trenkuasa hibrid (HEV), plug-in hybrid (PHEV) serta pilihan trenkuasa sel bahan api (FCEV) yang dikhususkan untuk model Sedan sahaja.

 


Toyota turut mendedahkan saiz dimensi antara ketiga-tiga Crown yang bakal muncul kelak, di mana perbezaan dengan model Crossover boleh dilihat pada jadual di bawah:
 

Crown


Sebelum ini, CEO Toyota terdahulu Akio Toyoda mengumumkan keluarga Crown akan ditawarkan di 40 buah negara di seluruh dunia dengan sasaran jualan tahunan sekitar 200,000 unit.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, berdasarkan laporan terbaharu daripada MotorTrend, Toyota sedang mempertimbangkan penawaran…
Berita Global
Jika sebelum ini Toyota Crown lebih dikenali sebagai model sedan sejak beberapa generasi yang lepas…
Berita Global
Serentak dengan itu, Toyota turut memperlihatkan logo baharu Crown yang kini dengan grafik yang…