Spesifikasi ringkas Perodua Axia 2023 - 4 varian, dari RM38,600

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penulis tahu pasti ramai yang tidak sabar dengan pelancaran rasmi Perodua Axia 2023, dimana berita dan maklumat mengenainya kini hangat diperkatakan dikalangan rakyat Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi memudahkan urusan anda untuk membuat keputusan, berikut merupakan spesifikasi dan ciri tambahan mengikut varian Axia 2023:

1) Varian G (RM38,600)

  • Enjin 1KR-VE 1.0L tiga silinder VVT-i menghasilkan menghasilkan 67 HP dan 91 Nm
  • Transmisi D-CVT
  • Lampu hadapan halogen
  • Cermin sisi masih perlu menggunakan butang suis untuk fungsi melipat.
  • Dilengkapi paparan meter LCD dan radio standard.
  • Tempat duduk standard balutan bahan fabrik

2) Varian X (RM40,000)

tambahan kepada spesifikasi di atas

  • Lampu hadapan LED
  • Sistem buka tanpa kunci

3) Varian SE (44,000)

tambahan kepada spesifikasi di atas

  • Mod Eco Idle dan Power
  • Cermin sisi bersama lampu isyarat LED dengan fungsi auto lipat
  • Tempat duduk depan "semi-bucket" dibaluti bahan fabrik
  • Tempat duduk belakang dengan tempat letak kepala berasingan
  • Paparan meter LCD bersama takometer dan radio standard

4) Varian AV (RM49,500)

tambahan kepada spesifikasi di atas

  • Paparan panel meter TFT 7.0 inci
  • Skrin infotainment 9.0 inci
  • 6 beg udara
  • Tempat duduk depan "semi-bucket" dibaluti bahan separuh-kulit dwi-tona
  • Ditawarkan dengan sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA)

 

3

 

Harga bagi Axia serba baharu itu dijangka bermula dari RM38,600 untuk varian G, RM40,000 untuk varian X, RM44,000 untuk varian SE dan RM49,500 untuk varian AV.

Axia 2023 juga akan ditawarkan dengan 5 warna iaitu Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver, Ivory White (solid) dan warna baharu Coral Blue, namun varian mana yang akan tersedia dengan warna berikut perlu ditunggu semasa pelancaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di…
Berita Domestik
Isu tersebut telah menjejaskan 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan Malaysia dan…
Telah Diuji
Berdasarkan semakan di media sosial Careta, tidak kurang ramai juga yang menyambut baik kehadiran…