Spesifikasi rasmi Toyota Mirai 2021 didedahkan, mampu capai 650 km untuk setangki penuh hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak pasaran dalam dunia menerima kehadiran Toyota Mirai, apatah lagi ia menggunakan teknologi sel bahan api hidrogen yang tidak begitu meluas digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun untuk pasaran Amerika Syarikat, spesifikasi rasmi sedan baharu daripada Toyota telah pun didedahkan baru-baru ini.

Toyota Mirai dibangunkan daripada platform baharu GA-L yang membolehkan Toyota memindahkan posisi timbunan sel bahan api dari bahagian bawah kabin kepada ruang hadapan.

 


Perubahan ini sekaligus memberikan lebih keseimbangan kepada casis Mirai itu sendiri, dan menawarkan ruang kabin yang lebih selesa dan luas.

Selain daripada itu, Toyota turut menyusun kembali konfigurasi tangki hidrogen ke dalam bentuk 'T', di mana tangki yang terpanjang diposisikan menegak di bahagian bawah lantai, dan dua tangki yang lebih kecil diletakkan di bahagian bawah tempat duduk belakang dan ruang kargo.

Tangki-tangki bertekanan tinggi ini mampu memuatkan sehingga 5.6 kg hidrogen, jika dibandingkan dengan model terdahulu (4.6 kg).

 


Dengan perubahan posisi bateri bervoltan tinggi dan motor elektrik yang diletakkan di bahagian atas gandar belakang, ia membolehkan Mirai mencapai nisbah pembahagian berat badan yang ideal 50:50.

Penjimatan berat badan tidak terhenti setakat itu, apabila Mirai 2021 turut menggunakan komponen timbunan sel bahan api polimer yang lebih kecil, mempunyai kurang sel akan tetapi mengandungi ketumpatan tenaga yang jauh lebih tinggi.

Komponen converter DC-DC sel bahan api juga dikatakan 21 peratus lebih kecil dan 2.9 kg jauh lebih ringan, sementara unit bateri nickel-metal hydride juga mempunyai ketumpatan tenaga yang lebih tinggi dan 2.6 kg lebih ringan.

 


Jadi, trenkuasa baharu yang ada pada Toyota Mirai ini mampu menjana 180 kuasa kuda dan 300 Nm, dan dengan setangki penuh hidrogen ia mampu bergerak sejauh 650 km mengikut data anggaran EPA, lebih jauh berbanding model terdahulu.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Toyota bakal menawarkan Mirai 2021 dalam dua varian iaitu XLE dan Limited, manakala harga pula hanya akan diumumkan kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mirai generasi kedua pula mengambil giliran pada Disember 2020. Mirai sebenarnya sudah ada di…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…