Spesifikasi rasmi Ford Mustang Mach-E tertiris - lima varian utama, bermula dari RM182k

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal sehari sahaja sebelum Ford memperkenalkan secara rasmi model crossover elektrik berunsurkan Mustang, namun terima kasih kepada ahli forum MachE, terdapat beberapa informasi penting yang terbocor ke dalam alam maya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar yang tertiris dari laman web Ford, penampilan sebenar Mustang Mach-E amatlah mirip dengan beberapa gambar rendering yang telah tersebar beberapa minggu yang lalu. 
 


Dari segi luaran, Ford Mustang Mach-E membawakan elemen Mustang seperti reka bentuk lampu utama dan lampu belakang, pemegang pintu yang tertanam dan garis bahu yang lebih ketara di bahagian belakang. 

Manakala ruang kabin pula mengambil pendekatan yang lebih minimalis menyerupai model-model elektrik yang diproduksikan oleh Tesla, seperti skrin paparan menegak yang agak besar, roda stereng dengan logo kuda Mustang, dan corong pendingin hawa yang tipis. 

Ford Mustang Mach-E akan ditawarkan dalam lima varian utama, iaitu Select, California Rt. 1, Premium, First Edition dan GT. 
 


Model asas Select didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang mampu menjana 255 kuasa kuda dan 415 Nm daya kilas dengan konfigurasi pacuan roda belakang. 

Manakala konfigurasi pacuan semua roda (AWD) didatangkan dengan daya kilas 582 Nm. 

Dari segi jarak operasi, versi pacuan roda belakang mampu bergerak sejauh 370 km manakala pacuan semua roda mampu mencecah jarak 338 km untuk sekali cas penuh. 
 


Model Mach-E California Rt. 1 pula menawarkan jarak operasi yang lebih jauh, iaitu 483 km, pacuan roda belakang sahaja dengan motor elektrik yang mampu menjana 282 hp dan 415 Nm. 

Bagi mereka yang gemarkan prestasi tinggi, varian Mustang Mach-E GT merupakan calon terbaik dengan pecutan di bawah tiga saat dari 0-100 km/j. 

Kuasa dan daya kilas pula tidak didedahkan buat masa ini, namun Mach-E GT mampu mencapai jarak operasi sejauh 378 km untuk sekali cas penuh. 
 


Harga jualan pula adalah seperti berikut:

Select: US$43,895 (RM182,322)
Premium: US$50,600 (RM210,172)
California Rt. 1: US$52,400 (RM217,648)
First Edition: US$59,900 (RM248,800)
GT: US$60,500 (RM251,292)

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…
Berita Global
Kini, perincian berkenaan SUV rali itu telah didedahkan sepenuhnya oleh Ford, di mana ia membawakan…
Berita Global
Pada tahun 2022, Ford telah mengumumkan panggilan semula untuk EV Mustang Mach-E yang melibatkan…