Spesifikasi penuh HR-V 2023 didedahkan - platform Civic FE, enjin 2.0 NA, 158 hp/187 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Honda baru-baru ini mendedahkan secara rasmi spesifikasi penuh SUV subkompak Honda HR-V 2023 untuk pasaran Amerika Syarikat, sebelum diperluaskan ke pasaran lain seperti Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Honda HR-V 2023 ini berkongsi platform dengan sedan segmen C Honda Civic FE, tidak seperti Honda HR-V sedia ada yang berkongsi platform dengan model Jazz.

Dari segi dimensi juga, Honda HR-V 2023 ini adalah jauh lebih besar, di mana ia membawakan ukuran sepanjang 4,588 mm, lebar 1,840 mm, tinggi 1,621 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,655 mm, berbanding HR-V pasaran global (4,385 mm x 1,790 mm x 1,590 mm, jarak antara roda 2,610 mm).
 

HR-V


Kapasiti ruang kargo juga adalah sebesar 691 liter, atau sehingga 1,559 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata. Sayang sekali, ciri Magic Seat yang pada pada HR-V terdahulu tiada pada model HR-V 2023.

Selain daripada platform, HR-V 2023 turut membawakan penggunaan suspensi belakang jenis multi-link yang menyumbang kepada aspek pengendalian yang lebih baik.

Ciri standard yang dimuatkan pada HR-V termasuklah rim aloi bersaiz 17 inci, diikuti dengan skrin infotainmen asas tujuh inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto menggunakan wayar.

Kelengkapan keselamatan pula termasuklah kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, brek kecemasan automatik, sistem pemantuan tumpuan pemandu dan peringatan tempat duduk belakang.
 

HR-V


Varian Sport pula mendapat rim bersaiz 18 inci dengan tip ekzos bergilap, rekaan gril unik, lencana hitam dan spoiler belakang hitam, diikuti dengan kemasan fabrik unik dengan jahitan kontras, serta tambahan sistem pemantauan titik buta.

Varian tertinggi pula mendapat kemasan kulit, serta skrin infotainmen sembilan inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

Honda HR-V 2023 HANYA didatangkan dengan nadi K20C 2.0 liter NA yang mampu menghasilkan 158 kuasa kuda dan 187 Nm, dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 7.4 liter/100 km atau 7.8 liter/100 km untuk model pacuan semua roda (AWD).

Transmisi CVT adalah standard untuk semua varian.
 

HR-V


Untuk ruang kabin, Honda HR-V baharu ini membawakan susun atur yang hampir serupa dengan model Civic, dimulakan dengan skrin kluster digital tujuh inci, diikuti dengan skrin tengah bersaiz tujuh inci (opsyen sembilan inci) dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Honda HR-V dilihat masih lagi mengekalkan tombol konvensional seperti tombol kawalan pada skrin infotainmen, diikuti dengan tombol fizikal kawalan iklim di bahagian bawah corong pendingin hawa.

Harga jualan di pasaran Amerika Syarikat bermula dari $24,895 (RM109,326).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti HR-V yang sudah mendarat di Eropah, serta beberapa pasaran Asia Tenggara, Honda HR-V…
Berita Global
Versi yang kita ketahui (dan telah pun dilancarkan di negara jiran) merupakan versi yang sama…
Berita Global
Namun, untuk pasaran Amerika Syarikat, Honda nampaknya mempunyai sesuatu yang lebih berbeza, dan ia…