Spesifikasi Kia Seltos terdedah - enjin Gamma 1.6 liter, dua varian utama

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun lalu, Kia Malaysia telah pun mendedahkan informasi kehadiran SUV segmen B, Kia Seltos untuk pasaran Malaysia, dan dalam satu acara tertutup, mereka membawakan varian GT Line sebagai teaser menandakan pelancaran rasmi di negara ini tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Setelah beberapa bulan, spesifikasi Kia Seltos akhirnya didedahkan menerusi paparan di laman web rasmi Kia Malaysia, terima kasih kepada rakan media Paultan.

 


Dari segi penawaran, Kia Seltos bakal hadir dalam dua varian utama, iaitu Kia Seltos EX dan juga Kia Seltos GT-Line, namun kedua-duanya hadir dengan enjin Gamma 1.6 liter yang menghasilkan 123 PS dan 151 Nm.

Kotak gear pula adalah daripada jenis automatik enam kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja.

 


Antara ciri menarik yang ada pada Kia Seltos adalah penampilan lampu utama hadapan dan belakang daripada jenis LED, rekaan gril hadapan yang stailo, rekaan lampu kabus LED menegak, serta penampilan warna badan dua tona.

Varian asas menerima set rim bersaiz 17 inci, manakala varian GT-Line pula didatangkan dengan set rim yang lebih agresif, juga bersaiz 17 inci dengan balutan tayar 215/60 R17 untuk keempat-empat sudut.

 


Sementara itu, ruang dalaman pula menampilkan unit infotainmen di bahagian tengah bersaiz 8 inci, paparan MID 3.5 inci OLED di hadapan pemandu, roda stereng jenis D-cut, cermin pandang belakang elektrokromik serta slot pengecasan peranti pintar nirwayar.

Untuk varian GT-Line pula didatangkan dengan kemasan yang lebih premium, terutama upholsteri kulit artifisial dengan logo GT-Line, skrin kluster 7 inci LCD, paparan head-up, bumbung suria, serta sistem kawalan suhu automatik penuh.

 


Ruang barangan di belakang pula menawarkan keluasan sehingga 433 liter.

Kami menganggarkan harga jualan SUV segmen B ini tidak akan lari jauh daripada pesaing-pesaing rapatnya seperti Mazda CX-3, Honda HR-V dan juga Toyota C-HR, sekitar RM100 ribu dan tidak pula melebihi RM150 ribu.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, nantikan sahaja berita penuh dari kami di Careta. Terima kasih kepada The Ajerul kerana memberikan  informasi tentang kehadiran Kia Seltos yang sedang diangkut dari Pelabuhan Klang semalam.

 


Tak tahu nak pilih mana satu? Anda boleh rujuk artikel kami di bawah:

Baca: D55L, X50, Kicks, Seltos, CX-3, HR-V: Mana lagi Best?

Berita Berkenaan

Berita Global
  Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! …
Berita Global
Setelah beberapa tahun di pasaran global, Kia akhirnya mendedahkan kemaskini berbentuk facelift…
Berita Global
Disebabkan permintaan yang kian meningkat, Hyundai baru-baru ini menawarkan sebuah SUV tiga baris…