Spesifikasi Hyundai IONIQ 5 tertiris secara tidak sengaja

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada apa yang ditawarkan oleh Hyundai IONIQ sebelum ini, adalah tidak menghairankan apabila Hyundai mahu membawa nama tersebut menjadi sebuah subjenama khusus untuk kereta elektrik Hyundai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model pertama yang bakal menggunakan nama itu adalah IONIQ 5, sebuah crossover Compact Utility Vehicle (CUV) di mana spesifikasi EV tersebut nampaknya telah tertiris secara tidak sengaja menerusi laman web Hyundai.

Dari segi penampilan, nampaknya Hyundai IONIQ 5 akan dibangunkan berdasarkan model konsep EV 45 yang mempunyai reka bentuk retro moden seperti yang pernah kami tampilkan sebelum ini.

 


Menurut spesifikasi yang tertiris, Hyundai IONIQ 5 memiliki dimensi sepanjang 4,460 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,600 mm dengan jarak antara roda yang cukup panjang, 3,000 mm.

Hyundai IONIQ 5 bakal dikuasakan oleh motor elektrik yang memacu semua roda dan memiliki angka output setinggi 313 PS.

Kapasiti pek bateri tidak didedahkan, namun IONIQ 5 mampu mencapai jarak operais sejauh 450 km (data WLTP), dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat sahaja.

 


Untuk pengecasan pula, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan seperti berikut:

  • soket Schuko 1-phase (sehingga 2.3 kW)
  • Wallbox rumah (sehingga 11 kW)
  • sistem pengecasan awam AC (sehingga 11 kW)
  • sistem pengecasan pantas DC dengan teknologi 800 volt.

Difahamkan, Hyundai IONIQ 5 mampu dicas dari 20 peratus sehingga 80 peratus dalam masa sekitar 15 minit sahaja dengan menggunakan teknologi 800 voltan itu tadi.

Hyundai juga sebelum ini telah mengesahkan IONIQ 5 akan mempunyai sistem pengecasan dua arah yang membenarkan ciri seperti vehicle-to-grid serta keupayaan pengecasan pantas.

 


Hyundai IONIQ 5 akan diperlihatkan secara rasmi pada Februari nanti.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang lebih menarik ialah, Hyundai menang dua kali berturut-turut selepas IONIQ 5 menjulang…
Berita Global
Ini bermakna, kilang Ulsan di Korea Selatan tidak lagi akan memasang model-model Ioniq Hybrid,…
Berita Global
Kelibat model ujian Ioniq 5 N telah pun dikesan melata atas jalan raya, dan walaupun ia sarat…