Spesifikasi Honda Civic 2022 terdedah, kekal nadi 1.5 liter turbo

oleh Mohamad Hanif|
Rata-rata ramai yang sudah mengetahu imej sebenar sedan segmen C Honda Civic generasi baharu yang telah pun tertiris pada minggu lalu daripada laman web China, di mana ia menampilkan sedikit perbezaan rekaan berbanding Civic Prototype 2022 yang diperlihatkan tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak pun sampai tempoh seminggu, kini spesifikasi sedan Civic 2022 pula terdedah menerusi sijil pengesahan kenderaan baharu yang dikeluarkan oleh California Air Resources Board (CARB) baru-baru ini.

Menurut laporan daripada Motor1, permohonan pendaftaran tersebut telah difailkan pada 21 Januari 2021 yang memaparkan dua opsyen enjin yang sama seperti apa yang ditawarkan pada Honda Civic FC.

 


Bergantung kepada pasaran, model asas dijangka menggunakan enjin aspirasi natural 2.0 liter yang menghasilkan 158 hp, sementara model yang lebih berkuasa pula menampilkan enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan sehingga 174 hp.

Penawaran transmisi pula masih lagi menggunakan kotak gear CVT, sementara opsyen manual pula tidak kelihatan.

Menurut laporan, Honda akan memperlihatkan versi produksi Honda Civic secara rasmi pada suku pertama tahun ini, bermakna tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum segala informasi berkenaan sedan pilihan ramai itu akan diketahui.

Sumber: Motor1, CARB

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, beberapa keping imej gambar sebenar versi produksi Honda Civic 2022 telah pun didedahkan…