Spesifikasi Honda Civic 2022 pasaran Malaysia tertiris - penawaran enjin tunggal 1.5 liter turbo sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pasaran Thailand dan Indonesia, pasaran tempatan dijangka bakal menerima kehadiran model sedan segmen C generasi baharu Honda Civic 2022 menjelang akhir tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berdasarkan penemuan slaid pembentangan produk yang tertiris ke dalam talian yang mencadangkan kehadiran model panas tersebut dalam masa terdekat, berdasarkan laporan daripada rakan media Paultan.

Slaid produk itu memaparkan ringkasan varian yang akan dibawa masuk oleh Honda Malaysia, termasuk varian E dan varian RS.

Menariknya, Honda Civic hanya akan ditawarkan dengan padanan enjin 1.5 liter turbo sahaja (178 PS @ 6,000 rpm, 240 Nm @ 1,700-4,500 rpm), sementara enjin asas 1.8 liter aspirasi natural tidak lagi akan ditawarkan pada model Civic generasi baharu di sini.
 

Civic


Antara kelengkapan standard yang dimuatkan termasuklah unit lampu LED penuh, rim aloi lima jejari berkembar bersaiz 16 inci, serta dua ciri baharu yang dinamakan sebagai smart clear wiper dan trunk lid bukaan automatik.

Sementara model RS yang lebih sporti pula bakal ditawarkan dengan padanan warna hitam berkilat pada sesetengah tempat seperti pemegang pintu, cermin sisi dan spoiler belakang, diikuti dengan kemasan tip ekzos berkembar dan rim aloi bersaiz 18 inci black matte.

Tiada sebarang perincian berhubung spesifikasi keselamatan, namun sekadar perbandingan keseluruhan penawaran Civic di Thailand menerima kelengkapan keselamatan Honda SENSING yang merangkumi brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, bantuan pemusatan lorong, suluhan tinggi automatik dan amaran pergerakan kenderaan hadapan.

Baca: Honda Civic 2022 Thailand

Sumber: Paultan

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…