Spesifikasi dan harga jualan Tesla Model 3 versi prestasi didedahkan

oleh Mohamad Hanif|
CEO Tesla, Elon Musk kini telah mengumumkan sedikit info berkenaan varian prestasi bagi Model 3.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi tweet bersiri yang dikeluarkan oleh beliau, model prestasi Tesla 3 itu dikatakan 15% lebih cepat dan mempunyai pengendalian yang lebih baik berbanding BMW M3. 
 

Bahkan, Elok Musk mendakwa varian terbaharu Model 3 itu akan mengalahkan pesaing-pesaingnya di atas litar. 

Spesifikasi rasmi varian prestasi Model 3 ini masih lagi belum dikeluarkan, selain daripada penggunaan motor berkembar - satu di gandar hadapan dan satu di gandar belakang - Tesla Model 3 baharu itu juga mempunyai jarak pengoperasian sejauh 500 km sekali cas. 

Dengan penggunaan dua motor elektrik, Tesla Model 3 mengambil masa sekitar 3.5 saat untuk memecut ke 100 km/j dari pegun dengan kelajuan maksimum sepantas 250 km/j.
 

Versi prestasi ini juga bakal menerima kemasan kosmetik luaran seperti penggunaan spoiler belakang daripada gentian karbon dan rim aloi 20 inci. 

Manakala kemasan trim dalaman akan menggunakan warna hitam dan putih. 

Varian terbaharu Model 3 ini akan dijual pada harga USD $78,000 (RM310k)* tidak termasuk ciri Autopilot. 

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…