Spesifikasi Civic Type R FL5 terdedah - 326 hp, 420 Nm, lebih berkuasa berbanding FK8!

oleh Mohamad Hanif|
Sumber gambar: Car Magazine
Setakat ini, Honda masih lagi merahsiakan beberapa perincian terutama angka kuasa kuda serta prestasi sebenar hot hatch generasi baharu Civic Type R (FL5).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, laman forum Civic XI telah berjaya menemukan brosur rasmi yang mendedahkan beberapa perincian penting yang perlu diketahui oleh para pemilik Civic Type R baharu itu.

Dari segi kuasa, nadi 2.0 liter turbo itu kini berupaya menjana kuasa setinggi 326 hp dan daya kilas 420 Nm, satu angka yang jauh lebih berkuasa berbanding model FK8 (316 hp dan 400 Nm), menjadikannya Civic Type R yang paling berkuasa pernah diproduksikan.

Selain daripada penambahan kuasa, Civic Type R FL5 juga turut mendapat kenaikan berat badan, kini seberat 1,430 kg atau penambahan sebanyak 40 kg berbanding model FK8.

Brosur itu turut mendedahkan nisbah gear yang digunakan oleh model FL5 ini adalah hampir sama dengan model FK8, kecuali nisbah akhir yang berubah daripada 4.111 kepada 3.842.

Secara teori, perubahan ini sepatutnya memberikan FL5 keupayaan untuk mencapai kelajuan maksimum yang jauh lebih tinggi berbanding model FK8.

Dengan perubahan yang dinyatakan, tidak menghairankan apabila model FL5 Type R ini sudah pun berjaya memecahkan rekod baharu bagi kategori kereta pacuan roda depan di Litar Suzuka mengalahkan model terdahulu.

Sumber: Forum Civic XI

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…