Spesifikasi BMW 330e 2020 terdedah - dari RM265 ribu, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, rakan media Paultan telah menemukan sebuah varian baharu untuk model 3 Series sedang dipandu di sekitar Putrajaya, di mana berdasarkan pengamatan terhadap bahagian belakang model tersebut ia ternyata merupakan model plug-in hybrid 330e.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini turut diperkuat dengan satu dokumen yang tertiris yang memaparkan spesifikasi model 330e yang dipasang secara CKD itu.

Dari segi kuasa, BMW 330e didatangkan dengan enjin empat silider sebaris 2.0 liter turbo (181 hp) dibantu dengan motor elektrik 109 kuasa kuda, dengan angka output keseluruhan 248 hp dan 420 Nm.

 


Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik ZF lapan nisbah kelajuan.

Ciri Xtraboost mampu menambah kuasa ekstra 41 hp terhadap prestasi pecutan jentera plug-in hybrid ini.

Ciri ini yang boleh diakses menerusi mod pemanduan Sport dan mod transmisi manual membolehkan anda memperoleh 289 hp dalam masa yang singkat, dengan pcutan sepantas 5.9 saat (0-100 km/j) dan kelajuan tertinggi 230 km/j.

 


Pek bateri pula adalah berkapasiti 12.0 kWh yang mampu membenarkan operasi tanpa emisi sejauh 60 km, dan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 140 km/j - 20 km/j lebih tinggi berbanding model terdahulu.

Untuk pasaran tempatan, BMW 330e didatangkan dengan pakej M Sport, merangkumi kemasan luaran M Sport, lampu LED adaptif, brek M Sport dan rim aloi 18 inci 790 M bi-colour.

Sistem gantungan BMW 330e membawakan tetapan yang berbeza berbanding 330i, di mana ia hadir dengan sistem suspensi Adaptive M.

 


Sementara ruang dalaman pula menampilkan roda stereng M balutan kulit, BMW Live Cockpit Professional dengan skrin 10.25 inci dan skrin kluster digital 12.3 inci, sistem pendingin hawa tiga zon, sistem audio HiFi Loudspeaker 205 watt dan 10 pembesar suara.

Menurut dokumen yang dilihat oleh Paultan, harga jualan untuk model BMW 330e M sport ini bermula dari RM264,613, lebih mahal RM5.5k berbanding model generasi terdahulu.

 


Setakat ini tiada sebarang tarikh tetap pelancaran rasmi model BMW 330e M Sport ini memandangkan kawasan sentral negara kini sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Spesifikasi lanjut hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…