Spesifikasi awal VW ID. Buzz didedahkan - pacuan roda belakang, 201 hp/310 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pelancaran rasmi pada 9 Mac ini, Volkswagen telah mendedahkan serba sedikit spesifikasi awalan serta gambar baharu bagi model elektrik ID. Buzz.

Membawakan elemen retro daripada model T1 Microbus, ID. Buzz mempunyai ukuran dimensi sepanjang 4,712 mm, lebar 1,985 mm, tinggi 1,937 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,988 mm.
 
Ini bermakna, ID. Buzz jauh lebih pendek jika dibandingkan dengan model T7 Multivan yang mempunyai ukuran sepanjang 4,973 mm.
 

ID


Menurut VW, ID. Buzz mampu memuatkan sehingga lima orang pada satu-satu masa, dengan ruang kargo sebesar 1,121 liter, sementara ID. Buzz Cargo pula menawarkan tiga tempat duduk dengan ruang kargo sebesar 3,900 liter.

Dibangunkan menggunakan platform MEB, ID. Buzz bakal mendapat pek bateri berkapasiti 82 kWh, motor elektrik pacuan roda belakang dengan kuasa 201 hp dan 310 Nm, serta kelajuan tertinggi dihadkan kepada 145 km/j.
 

ID


Volkswagen turut mengesahkan ID. Buzz bakal mendapat ciri pengecasan dua hala, serta keupayaan Plug & Charge.

Selain itu, ID. Buzz juga turut dilaporkan akan mendapat ciri bantuan pemandu termaju seperti contoh ciri parkir automatik Trained Parking, teknologi Car-2-X, serta ciri swapandu Travel Assist.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan kewangan yang diumumkan baru-baru ini, Volkswagen menyatakan beberapa faktor utama…
Berita Global
  Di Eropah, Kumpulan VW kekal sebagai peneraju pasaran EV yang dominan dengan penguasaan pasaran…
Berita Global
Projek ini masih berada pada peringkat penyelidikan dan menggunakan sebuah kenderaan konsep yang…