SpareXHub tawar diskaun 80 peratus alat ganti tulen BMW, MINI, BMW Motorrad, 16-18 Jun ini!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang tiga hari bermula 16 hingga 18 Jun 2023, platform alat ganti tulen SpareXHub akan mengadakan promosi diskaun sehingga 80 peratus untuk alat ganti, pelincir, aksesori dan barangan berjenama BMW, MINI, dan BMW Motorrad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jualan tersebut akan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang bertempat di gudang DPF Global Logistics Sdn Bhd, Jalan Subang 3, Taman Perindustrian Sg. Penaga, Subang Jaya.

Pelanggan boleh mendapatkan bantuan daripada kakitangan yang berpengalaman untuk mengenal pasti dan kesesuaian alat ganti, selain  mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan secara percuma, selain boleh menempah alat ganti yang telah kehabisan stok.
 

BMW


Menurut pengasas bersama SpareXHub, Devindran Ramanathan berkata, "para pemilik kenderaan tidak perlu risau akan tahap ketulenan kerana kesemua barangan dan alat ganti ini datang secara terus daripada pengedar BMW, MINI dan BMW Motorrad, dan ditawarkan secara eksklusif di platform SpareXHub dengan tujuan untuk memberikan tahap penjimatan yang besar kepada pelanggan.

SpareXHub kini menawarkan pelbagai jenis komponen dan barangan berdiskaun tinggi daripada beberapa pengeluar termasuklah Mercedes-Benz, Bentley, Porsche, Ford, Nissan, Land Rover, Jaguar dan Volkswagen.

Dengan moto 'Every Part Has A Car', SpareXHub kini mempunyai inventori maya berjumlah 50,000 alat ganti tulen dengan pengkalan lebih daripada 10,000 orang pelanggan di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Nissan menjadi jenama automotif Jepun yang pertama untuk menyertai platform SpareXHub. Kerjasama…
Berita Domestik
Promosi bermula sekarang sehingga 31 Mac ini menawarkan diskaun sehingga 64 peratus untuk alat…
Berita Domestik
SpareXHub menawarkan pilihan lebih daripada 2,500 alat ganti serta komponen tulen BMW dan MINI,…