SOROK DADAH RM23JUTA DALAM ALPHARD, DUA BERANAK DITAHAN

oleh Penyumbang Rencana 2|
CUBAAN sindiket penyeludupan dadah antarabangsa membawa 448 kilogram dadah jenis methamphetamine dan ketamin bernilai RM23.7 juta menggunakan trak tunda tumpas dengan penahanan dua beranak di Kilometer 7 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain berkata, suspek berusia 58 tahun dan anak lelakinya berusia 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak pada pukul 6 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Trak tunda dinaiki dua beranak ini ditahan ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke satu lokasi di Perak dengan menunda sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

io memegang barang kes sambil ditunjukkan oleh Datuk Razarudin

“Hasil pemeriksaan polis telah menjumpai sejumlah 447 bungkusan dadah jenis ketamin dan juga syabu berjumlah 448 kilogram yang diletakkan di dalam kereta Toyota Alphard terbabit, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di  Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Ipoh, hari ini.

Menurut Datuk Razarudin, siasatan mendapati bekalan dadah yang diletak dalam bungkusan teh cina itu diperoleh dari kawasan segi tiga emas sebelum diseludup masuk ke negara ini melalui sempadan Thailand.

trak tunda dan alphard yg berada diatasnya diperiksa menyeluruh

Katanya, hasil risikan polis percaya dadah terbabit bukan hanya untuk penagih tempatan tetapi juga untuk pasaran negara jiran seperti Filipina, Indonesia, Korea Selatan serta Australia.

Datuk Razarudin berkata, dadah yang dirampas itu dipercayai boleh menampung keperluan lebih dua juta penagih.

Ujar beliau, pihaknya percaya tangkapan ke atas dua suspek dan rampasan terbesar di Perak itu telah memutuskan bekalan untuk kegunaan tempatan dan luar negara.

seluruh dalaman alphard dipenuhi dgn dadahmalah turut dijumpai di atas kerusi alphard terbabit

Tambah Datuk Razarudin, ujian saringan terhadap kedua-dua suspek didapati negatif dadah serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
 
Ujar beliau, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM19,672 dan kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 27 Jun lalu hingga 3 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

 


Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar