Sony Vision-S tiba di Tokyo - petanda bakal masuk produksi?

oleh Mohamad Hanif|
Ketika acara CES 2020 yang berlangsung pada awal tahun lalu, Sony telah berjaya mengejutkan dunia dengan kehadiran sebuah model kereta elektrik Sony Vision-S.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Seperti yang diketahui, Sony bukanlah asalnya sebuah pengeluar automotif, jadi projek Vision-S ini turut mendapat sokongan dan bantuan daripada Bosch, NVIDIA, Continental dan Qualcomm.

Walaupun Sony pada mulanya 'enggan dikenali sebagai sebuah syarikat automotif' seperti laporan terdahulu, model Vision-S ini dilaporkan telah pun tiba di Tokyo untuk tujuan pembangunan seterusnya, seperti yang dipaparkan menerusi video berdurasi 1 minit 24 saat itu.

 


Menurut Sony, kereta prototaip ini akan menjalani ujian di jalan raya umum pada tahun fiskal 2020 "sebagai persediaan terhadap Sony untuk memasuki bidang automotif".

Memiliki dimensi yang sedikit kecil berbanding Tesla Model S, Sony Vision-S (nampak tak permainan di situ?) merupakan sebuah sedan fastback empat pintu yang dilengkapi dengan dua motor elektrik - satu untuk setiap gandar.

Kuasa yang dihamburkan adalah sekitar 536 kuasa kuda yang membolehkan Sony Vision-S ini memecut sepantas 4.8 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.

 


Sony tidak pernah mendedahkan jarak operasi sebenar sedan ini, namun ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan semi autonomi Level 2+, dibantu dengan penderia seperti solid-state LiDAR, ultrasonik, radar, sistem kamera termaju dan teknologi parkir sendiri.

Tambahan pula, sistem swapandu Level 2+ ini menyokong kemaskini over-the-air dan sambungan 5G yang membolehkan ia dinaiktaraf kepada sistem pemanduan Level 4 atau lebih tinggi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam perkembangan terkini, kerjasama antara kedua-dua syarikat Jepun itu dilihat mampu membentuk…
Berita Global
Sehubungan dengan itu, sebuah syarikat kerjasama baharu (JV) akan dibentuk pada tahun ini, di mana…
Berita Global
Namun, ketika awal pengenalannya, Sony mengesahkan Vision-S Concept hanya akan kekal sebagai model…