Sony Vision-S bikin gempar di CES 2020

oleh Mohamad Hanif|
Tiada sebarang petanda yang menunjukkan bahawa gergasi teknologi dunia, Sony bakal menghasilkan sebuah kereta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pada acara CES 2020 yang sedang berlangsung pada ketika ini, Sony mengambil kesempatan memperlihatkan sebuah kereta konsep elektrik yang digelar sebagai Sony Vision-S.

 


Kereta elektrik Vision-S ini memiliki tidak kurang daripada 33 unit penderia termasuklah penderia gambar CMOS, Solid State LiDAR dan sistem radar yang mampu mengesan pergerakan objek dan manusia di luar serta penderia Time of Flight (ToF) di dalam kabin. 

Menurut Sony lagi, dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), Vision-S kini memiliki keupayaan swapandu tahap ke-2 (Level 2 Autonomy). 

 


Kita semua tahu, Sony merupakan antara pengeluar audio yang terbaik, jadi kepakaran Sony telah dicurahkan bagi menghasilkan sebuah kabin dengan sistem bunyi keliling yang terbaik dengan ciri 360 Reality Audio.

Namun, Sony bukanlah asalnya sebuah pengeluar automotif, jadi mereka terpaksa bergantung harap kepada Magna - salah sebuah gergasi pembekal automotif dunia - untuk membangunkan platform EV Vision-S ini. 

 


Jangan terkeliru dengan Magna Steyr pula, ini kerana Magna Steyr yang kita kenali memasang Toyota Supra/BMW Z4 itu sebenarnya merupakan syarikat subsidiari di bawah Magna!

Mengikut data yang dibekalkan, Vision-S didatangkan dengan motor elektrik berkembar, masing-masing berkuasa 200 kW dan mampu memberikan pecutan sepantas 4.8 saat (0-100 km/j) dengan kelajuan maksimum 239 km/j. 

 


Selain daripada Magna, antara syarikat-syarikat besar yang terlibat di dalam pembangunan Vision-S ini termasuklah Bosch, Qualcomm, NVIDIA, Continental, HERE, Elektrobit, Gentex Corporation, ZF, and Benteler.


Sony Vision-S merupakan antara kejutan yang diberikan oleh Sony menerusi acara CES, namun tidak dapat dipastikan sama ada Vision-S ini bakal memasuki produksi ataupun tidak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Operasi yang bermula Februari itu telah meningkatkan pengeluaran kilang tersebut sebanyak 70…
Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat…