Sony serius ceburi bidang EV, sedang cari rakan kerjasama

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah syarikat baharu Sony Mobility Inc, Sony dilaporkan sedang mencari rakan kerjasama teknologi baharu bagi memudahkan mereka untuk memasuki pasaran kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan daripada Reuters memetik kata-kata seorang eksekutif Sony, Izumi Kawanishi yang menjelaskan misi mereka adalah untuk "mengubah kereta daripada sebuah mesin pengangkutan kepada sebuah ruang hiburan".

Jelasnya lagi, apa yang berlaku terhadap industri kenderaan elektrik pada ketika ini adalah sama dengan proses transformasi yang menukarkan fungsi telefon menjadi peranti pintar suatu ketika dahulu.

"Kami melihat risiko mengabaikan pasaran EV adalah jauh lebih besar berbanding cabaran yang mereka timbulkan."
 

Sony


Sony merupakan syarikat teknologi terbaharu yang berminat untuk menceburi bidang kenderaan elektrik selepas Apple, LG, Foxconn, Xiaomi dan juga Huawei.

Namun, untuk menyaingi syarikat-syarikat automotif besar seperti Tesla, Volkswagen, Toyota, GM serta Stellantis, Sony ternyata memerlukan dana pelaburan yang lebih besar untuk serius di dalam EV.

Ketika ditanya berkenaan kesesuaian syarikat dari China sebagai rakan kerjasama, Kawanishi berkata, "Sony akan memilih rakan baharu berdasarkan teknologi yang dibawakan, tidak mengira apa jua kewarganegaraan mereka."
 

Sony


Terdahulu di acara CES 2022, Sony sekali lagi mengejutkan dunia dengan memperlihatkan sebuah konsep SUV Vision-S 02 berkuasa elektrik.

Untuk makluman, kedua-dua konsep Vision-S 01 dan 02 dibina oleh Magna Steyr, selain mendapat input dan bantuan daripada Bosch, Valeo dan Almotive.

Sumber: Reuters