Sony Vision-S 02 mampu untuk memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa, terima kasih kepada dimensi berkukuran 4895 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,651 mm tinggi dengan jarak antara roda sepanjang 3,030 mm.
Sama seperti Vision-S 01, SUV elektrik ini didatangkan dengan konfigurasi motor elektrik berkembar, setiap satu menghasilkan 268 kuasa kuda.
Prestasi pecutan 0-100 km/j tidak didedahkan, namun berkemungkinan besar ia memakan masa lebih daripada 4.8 saat, dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 180 km/j sahaja.
Aspek gantungan menerima sistem suspensi udara, dengan jarak kelegaan tanah setinggi 157.5 mm.
Sementara ruang kabin pula memperlihatkan teknologi yang sama seperti terdapat pada model sedan Vision-S, seperti ciri bunyi keliling 360 Reality Audio. teknologi bantuan pemanduan termaju tahap 2 (Level 2 Autonomy), serta bantuan-bantuan kamera, penderia LiDAR serta sistem radar yang tersendiri.
Soalan yang serius, adakah Sony kali ini benar-benar serius untuk menjual kereta elektrik?
Jawapan kali ini, ya. Ini kerana syarikat gergasi teknologi itu turut menubuhkan sebuah syarikat baharu yang dinamakan sebagai Sony Mobility.