Sony masih tiada perancangan kukuh untuk model konsep Vision-S

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti Apple yang masih lagi terkial-kial mencari rakan strategik untuk melaksanakan projek Apple Car, Sony telah mengejutkan dunia dengan memperkenalkan Vision-S Concept pada tahun lalu.

Namun, ketika awal pengenalannya, Sony mengesahkan Vision-S Concept hanya akan kekal sebagai model konsep tanpa sebarang perancangan untuk memproduksikannya pada masa akan datang.

Setelah hampir dua tahun, nada itu diulang kembali oleh naib presiden Sony Izumi Kawanishi dalam satu temubual bersama Auto News baru-baru ini.
 

Vision-S


Menurut Kawanishi, beliau mengakui Sony pada ketika ini masih tidak mempunyai perancangan konkrit untuk merealisasikan Vision-S.

"Kami tidak mempunyai sebarang perancangan konkrit pada ketika ini, disebabkan kami kini berada dalam fasa penyelidikan dan pembangunan. Kami harus menyelidik apakah tujuan kami dalam menyumbang kepada perkhidmatan mobiliti.

Tambah beliau lagi, Sony sedang mencari jalan untuk menjadikan kereta masa hadapan sebagai sebuah ruang kehidupan atas roda, dengan mencipta ruang hiburan kecil yang mampu memberikan manfaat kepada kenderaan autonomi penuh masa hadapan.
 

Vision-S


Antara ciri-ciri yang dimuatkan pada Sony Vision-S Concept termasuklah skrin panorama pada papan pemuka, serta sistem audio inovatif 360 Reality Audio System yang mampu mencipta ruang bunyi yang tersendiri untuk setiap penumpang.

 

Sumber: Auto News

Berita Berkenaan

Berita Global
Sony Vision-S 02 mampu untuk memuatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa, terima kasih…
Berita Global
Namun hakikat yang perlu ditelah oleh para peminatnya adalah, Sony sendiri tidak akan…
Berita Global
Menerusi satu video yang dimuatnaik di saluran Youtube, Sony memperlihatkan keupayaan sebenar…