Sony jalin kerjasama dengan Honda, EV pertama muncul 2025!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat teknologi gergasi Jepun, Sony Corp mengumumkan kerjasama dengan Honda Motor Corp bagi membangun dan menjual model kenderaan elektrik bateri menjelang 2025.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Sehubungan dengan itu, sebuah syarikat kerjasama baharu (JV) akan dibentuk pada tahun ini, di mana Honda bertanggungjawab terhadap proses penghasilan model pertama, manakala Sony pula akan membangunkan platform perkhidmatan mobiliti.

Menurut CEO Sony Kenichiro Yoshida berkata, "kami ingin menerajui di dalam perubahan mobiliti dengan menggandingkan pengalaman dan teknologi kami bersama kepakaran Honda di dalam teknologi pembuatan badan kenderaan dan mobiliti.

Sementara itu, CEO Honda tidak menolak penglibatan pihak lain dalam usaha untuk membangunkan model kenderaan elektrik bersama Sony.

"Pada masa akan datang, kami mahu mengembangkan lagi perniagaan kami dengan pemikiran yang terbuka.

Tambahnya, Honda akan terus membangunkan model kenderaan elektrik mereka sendiri sebagai strategi yang berasingan daripada kerjasama sedia ada.

Berita berkenaan konsep EV Sony boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Sony Vision-S 01 bikin gempar di CES

Baca: Sony Vision-S diuji atas jalan raya bersalji di Eropah

Baca: Sony Vision-S 02 - SUV elektrik Sony

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara syarikat yang terlibat untuk melabur dalam projek itu ialah pembekal Toyota Denso, NTT,…
Berita Global
Bercakap kepada Financial Times, Presiden Sony Honda Mobility Izumi Kawanishi menjelaskan, syarikat…
Berita Global
Dalam masa yang sama, mereka turut menyiarkan sebuah video acah berdurasi 15 saat model EV yang…