Sony Honda Mobility Inc diumumkan, EV pertama muncul 2025

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan dua buah model konsep kenderaan elektrik, Sony akhirnya telah memilih Honda sebagai rakan kerjasama untuk memasuki segmen EV.

Kerjasama 50:50 yang terbentuk itu sebelum ini dilapor akan menjadi sebuah entiti tersendiri yang tidak tertakluk kepada mana-mana pihak, dan kini ia mendapat nama rasmi - Sony Honda Mobility Inc. yang akan bertapak di Tokyo.
 

Sony


EV pertama Sony Honda Mobility itu akan muncul pada tahun 2025 di mana ia akan menggunakan kepakaran Honda di dalam teknologi keselamatan, mobiliti dan pembuatan, serta pengalaman pengurusan perkhidmatan selepas jualan, manakala Sony pula akan mencurahkan kepakaran di dalam pembangunan perisian, telekomunikasi, pengimejan dan sistem infotainmen.

Adalah terlalu awal untuk meneka sama ada dua model konsep Sony (Vision-S 01 & 02) yang diperlihatkan sebelum ini bakal menjadi realiti kelak.

Honda juga sebelum ini turut bekerjasama dengan General Motors untuk membangunkan beberapa model kenderaan elektrik menggunakan platform Ultium daripada GM.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Koleksi baharu ini dilihat lebih menarik perhatian peminat kereta Honda, berbanding siri terdahulu…
Berita Global
Selepas membatalkan beberapa projek kenderaan elektrik (EV) termasuk model 0 SUV, 0 Sedan serta…
Berita Global
Menurut laporan yang disiarkan oleh Reuters, pengeluar automotif kedua terbesar Jepun itu…