SOCAR umum kerjasama strategik dengan myTukar, tingkat kelestarian pasaran mobiliti Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
SOCAR Mobility Malaysia mengumumkan kerjasama strategik dengan pengendali platform jual beli kereta terpakai myTukar.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kelestarian rangkaian mobiliti dengan memanjangkan jangka hayat kereta menerusi sistem tukar beli dan pengubahsuaian cekap myTukar, sekaligus mengurangkan impak pelepasan dari setiap kereta yang dikeluarkan. 

Menerusi kerjasama ini, SOCAR akan menjual 140 unit kenderaan segmen B kepada myTukar, dan kemudian membeli 150 unit kereta terpakai yang telah diperakui myTukar, seperti Proton X70 dan Honda Civic.

Dengan ini, pihak SOCAR dapat menaiktaraf rangkaian kereta mereka dan terus menyediakan kenderaan yang selesa dan selamat untuk digunakan. 

Untuk memastikan kelangsungan perniagaan SOCAR berjalan lancar, myTukar komited menyediakan pakej servis eksklusif, termasuk tempoh baik pulih pantas dan juga lorong keutamaan. 

Ini dapat membantu dalam meminimumkan waktu tergendala dan kekurangan kereta, dan pengguna SOCAR akan dapat menikmati kualiti serta standard kereta yang diperakui myTukar secara konsisten.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…