SOCAR sokong inisiatif mobiliti rendah karbon di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
SOCAR Mobility Asia mengalu-alukan komitmen kerajaan dalam memperkukuh dan meluaskan pembiayaan berkaitan kelestarian dalam pembentangan Bajet 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai syarikat komited untuk meluaskan akses kepada pilihan mobiliti serta yakin bahawa sektor pengangkutan mampu menjadi neutral karbon pada masa akan datang, SOCAR komited dan menyokong penuh polisi dan insentif yang menggalakkan mobiliti rendah karbon, serta pelaburan terhadap infrastruktur yang mampan bagi mendukung sistem pengangkutan mesra alam.

Sehubungan dengan itu, SOCAR menggesa Kementerian Kewangan menerusi Pelan Hala Tuju Pembiayaan Mampan untuk memberi insentif kepada sektor automotif dan pengguna di Malaysia untuk melabur dalam potensi besar EV - bermula dari pembuatan, pengecasan dan bateri sehinggalah kepada pembentukan ekosistem perkhidmatan sokongan untuk pengguna EV.

Tidak ketinggalan, sektor kitar semula bateri serta mencari penggunaan baharu untuk bateri lama EV untuk tujuan penggunaan sekunder.

Dengan sasaran TNB untuk mencapai komposisi tenaga boleh diperbaharui sebanyak 31 peratus menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2035, SOCAR percaya penggiat industri mobiliti serta pemegang kepentingan kerajaan perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kenderaan penduduk mudah mengguna pakai grid masa hadapan yang lebih hijau.

SOCAR turut memberikan contoh di China, di mana kenderaan EV kecil seperti Baojun E100 boleh menjadi satu pemangkin yang besar dalam penggunaan kenderaan elektrik secara meluas.

Selain daripada pengecualian cukai duti import yang dikenakan terhadap kenderaan elektrik, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan penggiat industri untuk mewujudkan kedai sehenti EV bagi membolehkan rakyat Malaysia memahami aspek seperti penjimatan kos bagi pemilikan EV, pencarian stesen pengecasan berhampiran, kos pengecasan serta manfaat cukai yang diperoleh
daripada pembelian EV.

Menerusi platform perkongsian kenderaan individu-ke-individu SOCAR, iaitu TREVO, ia membolehkan pemilik EV berkongsi beban kewangan pemilikan EV bagi menjadikan pemanduan EV lebih mampu milik dan mudah, mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya serta mengurangkan pencemaran yang dihasilkan oleh kenderaan.

Malah, SOCAR dan TREVO juga boleh bertindak sebagai pembekal data yang komprehensif bagi menentukan jenis pengecasan yang bersesuaian dengan kehendak pengguna.

Seperti contoh, seseorang pemandu besar kemungkinan akan meluangkan masa lebih daripada 30 minit di pasaraya berbanding 30 minit di stesen minyak, atau seseorang pemandu SOCAR tidak akan memandu melebihi 60 km untuk setiap tempahan kereta.

Daripada situ, data daripada penyedia perkhidmatan mobiliti berperanan besar untuk meningkatkan kualiti pemanduan EV seterusnya menggalakkan lagi penerimaan penggunaan EV di kalangan masyarakat.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti pengguna, di mana ia…
Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…