SOCAR Malaysia kini memiliki 2,000 unit kenderaan!

oleh Mohamad Hanif|
Platform perkongsian kenderaan terbesar di Malaysia, SOCAR kini telah pun memiliki kira-kira 2,000 kenderaan semenjak pertama kali dilancarkan pada Januari 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perkhidmatan SOCAR kini boleh didapati di 1,000 buah lokasi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru dengan jumlah ahli terkumpul seramai 500,000 orang sehingga kini. 

Sehubungan dengan itu, SOCAR kini memperluaskan lagi perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan servis baharu dinamakan Oneway to The Airport dan SOCAR2U. 

Perkhidmatan SOCAR2U menawarkan penghantaran kenderaan dari pintu-ke-pintu dan boleh didapati di 10 tempat seperti Mutiara Damansara, TTDI, Sunway, Sea Park, Subang Jaya serta Damansara Utama dengan bayaran serendah RM10. 

Sehingga kini, SOCAR memiliki kira-kira 26 buah model yang berbeza termasuklah Volkswagen Polo, Perodua Alza, BMW 330e dan Mazda CX-5, dan senarai tersebut akan dikemaskini dan ditambah baharu setiap bulan. 
 


Ini kerana menurut Leon Foong, CEO SOCAR Malaysia berkata, "kadar tempoh tempahan tipikal adalah sekitar 4-5 jam namun sesetengah pengguna sanggup menempah sehingga 30 hari lamanya!"

SOCAR Malaysia juga kini dalam perancangan untuk memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan mereka untuk bandar-bandar besar di seluruh Malaysia memberikan alternatif kepada pemilikan kenderaan tanpa perlu risau akan tanggungan serta komitmen bulanan.

SOCAR juga kini menganjurkan permainan dalam talian yang menawarkan hadiah berupa kod promosi bernilai sehingga RM500,000 di pautan https://play.socar.my/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Setakat Jun 2023, barisan kereta SOCAR berjaya meliputi jarak perjalanan sejauh 15.3 juta km,…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…