SOCAR kini merentasi negeri!

oleh SALINA JALIL|
Untuk mereka yang tidak meminati memiliki kereta persendirian, opsyen yang terbaik adalah perkongsian kereta atau menyewa sahaja. Terdapat pelbagai platform atas talian di luar sana dan salah satu pilihan yang semakin mendapat sambutan adalah SOCAR.


Apa yang ditawarkan oleh SOCAR adalah platform penyewaan kereta berdasarkan masa yang ditetapkan dengan kadar sewaan yang berpatutan dan tidak mengeringkan poket anda!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Namun terdapat sedikit 'kelemahan' dengan perkhidmatan mereka ini apabila anda perlu mengambil dan memulangkan kenderaan sewaan anda tersebut di lokasi yang sama. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, bayaran tambahan akan dikenakan. 

 

Kini SOCAR telah memperkenalkan skop perkhidmatan mereka dengan tawaran sewaan kenderaan merentasi negeri.

 

Ini bermaksud anda boleh menyewa di mana-mana sahaja lokasi yang terdekat dengan ada dan pandu untuk perjalanan sehala ke Pulau Pinang (contohya) dan pulang ke kotaraya dengan menaiki bas atau pesawat.

 

Yang menariknya lagi dengan pembaharuan ini adalah tiada lagi  caj “one way fee” dikenakan!

 

SOCAR menawarkan 2,000 buah kereta dengan 27 model berbeza di bandar-bandar utama, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan yang terbaharu di Ipoh, Perak.

 

Lokasi perkhidmatan SOCAR boleh di dapati di pautan ini:-

 

https://blog.socar.my/2019/12/24/intercity/

 

 

 

SOCAR juga kini boleh didapati di lapangan terbang. Tiada lagi masalah untuk mengambil atau memulangkan kenderaan SOCAR  di:-

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 & 2,
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang  
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
  •  

Tindakan ini adalah untuk mempermudahkan keperluan perjalanan anda. 

 

SOCAR juga telah beroperasi di Ipoh, Perak sejak 17 Januari 2020. Antara pilihan kereta yang ditawarkan di sana adalah seperti Honda City, Toyota Altis, Perodua Axia dan Myvi.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong berkata, "kami akan terus berusaha meningkatkan perkhidmatan kami untuk menjadikan SOCAR lebih mudah. Pengguna boleh mengambil kenderaan mereka di lokasi seperti KTM Ipoh, Taman Tesco Ipoh, Caltex Jalan Kampar, Caltex Canning Garden dan Caltex Jalan Pasir Puteh.

 

“Kami juga akan menghantar kereta tambahan ke Ipoh Parade pada minggu-minggu akan datang kerana kami ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai konsep perkongsian kereta."

 

“Di peringkat pengenalan, pengguna baharu di Ipoh boleh menikmati 3 jam pertama pada setiap tempahan 2 SOCAR pertama yang mereka buat, bermula dari sekarang hingga 31 Januari 2020.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SOCAR di Ipoh, sila log masuk di sini: https://blog.socar.my/2020/01/17/socar-is-now-in-ipoh/

 

Atau anda boleh muat turun aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store dan ikuti laman Facebook SOCAR untuk mendapatkan maklumat dan tawaran terkini.


 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti pengguna, di mana ia…
Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…