SOCAR kini di 52 buah stesen Petronas di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang

oleh SALINA JALIL|
SOCAR Malaysia iaitu rangkaian perkongsian kereta di Malaysia kini menjalin kerjasama dengan lebih 52 buah stesen minyak PETRONAS di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.


Ini adalah untuk memudahkan pengguna mengambil dan mengembalikan kenderaan dengan hanya satu sentuhan pada bila-bila masa setiap hari.

 

Beberapa lokasi baharu yang dimasukkan ke dalam senarai ialah stesen PETRONAS di Mutiara Damansara, NPE Pantai Dalam, TTDI, Jalan Maarof, Johor Jaya dan Sunway BKE.
 

Leon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia berkata,“Kami sentiasa berusaha mencari kaedah baru dan pendekatan berbeza untuk memberi kemudahan kepada orang ramai memandu kereta tanpa memilikinya. 


Justeru itu, kami memilih untuk bekerjasama dengan PETRONAS yang memiliki rangkaian perniagaan luas serta popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. 
 

 

Dengan pengenalan zon-zon baru itu, kami ingin terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan tawaran pilihan serta kemudahan daripada aplikasi kami. 

 


Sebagai sebuah syarikat teknologi yang dipacu oleh data, kami mengkhususkan perkhidmatan kami berdasarkan keperluan dan kehendak pengguna. Menerusi tumpuan ini, kami percaya dapat meningkatkan jumlah pelanggan serta memperkenalkan lebih banyak lagi zon,” katanya lagi.

 


Perluasan zon-zon SOCAR ini dilancarkan ekoran pengumuman SOCAR Malaysia pada bulan lepas di mana jumlah kenderaan yang tersedia bertambah kepada 2,000 buah merangkumi 26 model di lebih 1,000 lokasi di seluruh Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. 


 

Sekiranya anda terasa hendak memandu kereta lain hari ini, pilihlah mana-mana model yang berkenan di hati dengan hanya berkunjung ke stesen minyak PETRONAS di seluruh Malaysia. 
 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai syarikat komited untuk meluaskan akses kepada pilihan mobiliti serta yakin bahawa sektor…
Berita Domestik
Tersedia untuk tempoh sebulan penggunaan, program ini dimulakan oleh Honda bagi menyediakan…
Berita Domestik
Suntikan modal terbaharu ke atas SOCAR ini meningkatkan jumlah pembiayaan SOCAR kepada AS$40 juta…