Soalan lazim (FAQ) berkenaan pergerakan pelajar IPT pulang ke rumah

oleh Mohamad Hanif|
Mulai hari ini (27 April 2020), lebih daripada 50 ribu pelajar Institusi Pengajian Tempatan (IPT) sudah mula dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, pergerakan ini terhad kepada rumah masing-masing yang terletak di ZON HIJAU sahaja di mana ia akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan dengan pengangkutan disediakan oleh pihak Universiti masing-masing.

Manakala para pelajar tidak dibenarkan pulang ke rumah yang berada di ZON KUNING atau ZON MERAH.

Bagi para pelajar yang memandu, mereka juga akan dibenarkan pulang dengan syarat perlu memandu seorang diri dan tidak melakukan perjalanan merentas negeri.

Sebelum pergerakan dilaksanakan, pihak Universiti akan melakukan saringan gejala terlebih dahulu seperti suhu badan, sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas sebelum membenarkan pelajar pulang.

Untuk senarai penuh soalan lazim (FAQ) berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), anda boleh merujuk kepada pautan PDF di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-duanya memberikan alasan surat majikan yang disertakan sudah cukup dan tidak memerlukan cop…
Berita Domestik
Sementara negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak kekal di bawah…
Berita Domestik
Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti…