SnapSkan - bonggol dengan pengesan keadaan tayar kereta terbina dalam

oleh Mohamad Hanif|
Sesetengah pemandu didapati kurang menumpukan perhatian kepada keadaan tayar kereta sendiri, bahkan terdapat segelintir pemandu yang memandu dengan tayar yang kekurangan tekanan dengan laju.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin cara yang lebih baik untuk mengingati mereka yang sentiasa lupa ini jika ada pihak ketiga yang memberikan peringatan berkenaan keadaan tayar, seperti mana yang dilakukan oleh syarikat Nokian (bukan Nokia) yang berasal daripada Finland ini. 
 


Mereka telah mencipta satu bonggol pintar yang dipasang pada kawasan parkir umum dengan pengesan keadaan tayar kenderaan terbina dalam. 

Ketika pemandu melalui kawasan bonggol ini, perisian 3D scanning akan digunakan bagi mengimbas serta mengira keadaan dan kedalaman bunga keempat-empat tayar.

Sistem ini disediakan secara percuma, dan data yang diperoleh akan dihantar menerusi SMS atau emel. Sekiranya pemandu inginkan maklumat lanjut berkenaan keadaan tayar, mereka boleh menghubungi syarikat Nokian itu untuk menyertai sistem pintar ini. 

Bagi pengguna yang tidak mahu menggunakannya, data yang dihantar akan dipadam serta merta. 
 

Data yang diperoleh turut merangkumi berapa peratus keadaan tayar yang masih elok, serta maklumat beberapa pengedar tayar yang berhampiran sekiranya pemandu ingin terus menukar tayar mereka. 

Sistem ini pertama kali dipasang di kawasan parkir bertingkat Helsinki pada tahun 2016, dan beroperasi sepenuhnya bermula tahun 2017. 

Kini, syarikat Nokian sedang merancang untuk memperkembangkan lagi penawaran aplikasi ini ke seluruh Finland. 
 

Sumber: AutoExpress UK