SMK Baling Kedah dinobatkan juara Toyota Eco Youth 2018

oleh SALINA JALIL|
Program Toyota Eco Youth (TEY) meneruskan komitmen selama 18 tahun dengan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus menumpukan perhatian mereka terhadap usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar melalui projek-projek komuniti.

Program yang menjadi sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UMW Toyota Sdn Bhd (UMWT) telah membabitkan lebih 250 sekolah di seluruh negara, serta penglibatan 2,600 pelajar dan guru.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Program ini telah meraih reputasi sebagai salah satu daripada projek berterusan yang berkaitan alam sekitar paling konsisten daripada Toyota Motor Corporation, Jepun," jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. "Banyak sekolah yang masih meneruskan projek-projek yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu. Antaranya ialah SMK Sri Muda, Pulau Pinang dan SMK (Agama) Maahad Hamidiah, Kajang yang berterusan meneruskan projek mereka serta menjadi contoh kepada yang lain," tambah beliau.

 

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Puan Hajjah Rozainum Binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pendidikan.

 

"Kami berbangga untuk melihat tahap kreativiti dan standard yang semakin meningkat dari para pelajar yang terlibat saban tahun," ujar Pn Hajah Rozainum.

 

"Bermula dari projek-projek yang ringkas seperti pelupusan minyak masak terpakai, kitar semula dan usaha penjimatan tenaga, kita sekarang dipersembahkan dengan projek-projek yang lebih canggih dan kreatif yang menepati tema pengurusan sisa buangan tahun ini," tambah beliau.

 

Kementerian Pendidikan juga memuji usaha UMW Toyota Motor yang meletakkan asas pendidikan perlindungan alam sekitar dalam kalangan pelajar-pelajar, selari dengan visi kementerian untuk melahirkan generasi baru yang lebih matang dan bersedia dalam membangunkan aktiviti alam sekitar yang memberi kesan positif di peringkat global.

 

 

Para pemenang program TEY dihakimi berdasarkan penilaian berterusan projek-projek yang dijalankan, dan ditawarkan hadiah berjumlah RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 masing-masing bagi tempat pertama hingga ketiga. Turut diberikan ialah hadiah RM1,000 bagi pembentangan terbaik, pameran terbaik dan laporan blog terbaik. Dua daripada guru pembimbing terbaik juga akan menerima RM500 di atas usaha dan seliaan mereka.

 

TEY pertama kali dianjurkan pada tahun 2001 sebagai sebuah pertandingan alam sekitar antara sekolah. Bermula dengan hanya lapan sekolah di Lembah Klang, TEY hari ini menjalankan program di sebelas sekolah seluruh negara.

 

Pada asalnya ia dijalankan sebagai projek dalaman sekolah di mana peserta perlu mengenal pasti masalah alam sekitar di sekolah mereka dan mencari penyelesaiannya. Program ini kemudiannya berkembang dengan lebih meluas dan melibatkan komuniti setempat pada 2011. Pelajar tidak hanya perlu berurusan dengan komuniti di sekeliling mereka, malahan perlu juga untuk membabitkan pihak-pihak lain seperti NGO, pihak berkuasa tempatan dan ahli akademik.
 

 

Para pelajar juga perlu mengemaskini blog yang merekodkan setiap aktiviti mereka, serta perlu menyediakan pembentangan pada majlis penutup untuk membolehkan mereka bergelar juara. Mata tambahan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengambil inisiatif sendiri untuk mencari publisiti terhadap projek mereka melalui media atau forum-forum.

 

Awal tahun ini, pelajar dan guru yang ikut serta telah dihantar untuk mengikuti kursus Kaedah Penyelesaian Masalah 8-Langkah Toyota (pendekatan yang diamalkan oleh pekerja-pekerja UMW Toyota Motor), yang boleh dilaksanakan di dalam apa juga keadaan termasuk dalam permasalahan alam sekitar. 

 


"Bimbingan teknik penyelesaian masalah juga menjadi satu daripada strategi yang digunakan oleh pengeluar kenderaan utama dunia untuk memacu inovasi di dalam industri automotif," jelas Puan Hajah Rozainum lagi.

 

 

Berikut adalah senarai pemenang:-

 

  1. Juara Keseluruhan - SMK Baling, Kedah
  2. Naib Juara - SMK Seri Paka, Terengganu
  3. Tempat Ketiga - SMK Tun Fatimah Hashim, Johor
  4. Persembahan Terbaik - SMK Paya Rumput, Melaka
  5. Pameran Terbaik - SMK Tun Fatimah Hashim, Johor
  6. Laman Sesawang Terbaik - SMK Baling, Kedah
  7. Guru Terbaik - Encik Ramzi bin Rahim dan Puan Roslawati binti Ab Raman - SMK Baling, Kedah 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau kunjungi blog ecoyouthblog.toyota.com.my.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…