SME Corp: Malaysia disasar menjadi hab dron bagi Asia Tenggara

oleh SALINA JALIL|
SME Corporation Malaysia (SME Corp) berhasrat untuk memanfaatkan 10 syarikat dron tempatan menjelang akhir tahun dan menambahnya kepada 15 industri dron tempatan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azmi Mat Said, berkata SME Corp mahu menjadikan Malaysia sebuah hab dron bagi Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kami akan menyalurkan bantuan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerusi Program BerImpak Tinggi 2 (HIP 2) yang bertujuan untuk menghubungkan penyelidikan ke pasaran, menyediakan penyelesaian kepada pasaran,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.

 

Noor Azmi berkata, SME Corp sedang mengkaji segmen itu dan terbuka kepada sebarang cadangan dalam Persidangan Global Drone dan Hackathon 2020 (GDCKL2020) yang dianjurkan oleh SME Corp dengan kerjasama Best Events Productions Sdn Bhd.

 

Beliau berkata, HIP 2 mempunyai peruntukan dana sebanyak RM5 juta untuk pengagihan kepada beberapa industri.

 

Bagaimanapun, jumlah kelulusan dana berkenaan akan bergantung kepada cadangan dan kesediaan pasaran bagi industri untuk menggunakan penyelesaian itu.

 

“Sekiranya boleh, sekurang-kurangnya 10 syarikat...tetapi penyelesaiannya mestilah benar-benar disruptif dan memenuhi keperluan pasaran,” katanya.

 

Noor Azmi berkata, sebagai contoh organisasi itu menerima cadangan mengenai penggunaan dron yang dilengkapi kamera thermal (alat pengimbas haba) dan sistem imbasan wajah untuk membuat pemeriksaan terhadap orang ramai di lapangan bagi mengesan sama ada terdapat kenaikan suhu badan reka mereka dan dron itu akan memberi amaran dan merakam imej orang itu.

 

dron

 

Beliau berkata, sektor pemantauan dan pengawasan sempadan akan memberi manfaat paling banyak daripada dron yang biasa digunakan dalam sektor minyak dan gas serta sektor pertanian.

 

“Kami mahu mendorong usahawan PKS untuk melihat bidang terbabait," katanya sambil menambah bahawa dron juga digunakan dalam situasi memberi amaran banjir untuk mengumpul data dan menghasilkan ramalan cuaca.

 

Beliau berkata, agensi lain juga berusaha untuk merangsang industri dron.

 

Mengenai HIP 1, beliau berkata ia membabitkan pendigitalan pelesenan perniagaan dan aplikasi penubuhan perniagaan menerusi malaysiabiz.my.

 

SME Corp menyasarkan sebanyak 17 agensi akan terbabit dalam malaysiabiz.my daripada 11 agensi yang terbabit sekarang menjelang pertengahan tahun, kata Noor Azmi.

 

GDCKL2020 adalah inisiatif perkongsian awam-swasta yang bertujuan untuk memperkasakan dan menyokong pertumbuhan dan pembangunan penyedia penyelesaian dron tempatan serta menggalakkan ekosistem yang mampan untuk memacu industri dron di Malaysia.

 

 

Terdapat pelbagai kegunaan dron ini untuk digunapakai dalam pelbagai sektor seperti yang dinyatakan di video ini:

 

 

Sumber: BH