Smart Tag lupus dalam masa dua tahun - Menteri Baru Bian

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Kerjaraya, Baru Bian berkata semalam pihak kerajaan akan memperkenalkan sistem RFID di semua plaza tol di seluruh negara.

Beliau berkata sistem itu akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Bila ditanya adakah ia akan dilakukan dalam masa tiga ke lima tahun lagi, Baru menjawab ia tidak akan mengambil masa begitu lama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Tiga ke lima tahun adalah masa yang terlalu lama. Tetapi beri kami masa untuk memastikan sistem itu memberikan kebaikan kepada semua pengguna lebuhraya," ujar Baru ketika merasmikan Persidangan Konsesi Lebuhraya 2019 di Pulau Pinang semalam.

Baru juga menambah, sistem tol tanpa palang hanya boleh dimulakan bila sistem RFID digunakan secara meluas di seluruh negara.

Menurut pelan tindakan asal Lembaga Lebuhraya Malaysia, sistem RFID sepatutnya bermula pada suku ketiga tahun lalu.

Lorong khas untuk Smart Tag akan dibuang untuk digantikan dengan lorong-lorong "free flow" tanpa rumah tol atau palang dalam masa dua tahun, kata Baru kepada akhbar The Star.

Kerajaan persekutuan juga katanya perlu menghasilkan standard dan garis panduan untuk industri lebuhraya, terutama di dalam bidang pembinaan model informasi, protokal komunikasi, analisa big-data serta pengurusan strategik dan taktikal untuk aset.

"Kita boleh mengambil standard yang sudah ada di dalam dunia ini dan lakukan sedikit modifikasi untuk digunakan di Malaysia," tambah Baru.

Dalam masa yang sama, Baru mengesahkan bahawa kerajaan telah menerima tawaran rasmi dari Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd.

Tidak ada syarikat lain yang membuat tawaran dan pihak kementerian akan membuat kajian terperinci sebelum membawa tawaran itu ke Kabinet.

*Laporan asal dari The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…
Berita Domestik
Pengguna di Malaysia yang bijak memang sudah lama menerima kenyataan bahawa tol akan tetap wujud.…
Informasi
Ia dilancarkan dalam tahun 1999 dan dibina oleh Teras Technology, anak syarikat Touch N Go (…