smart Malaysia sedia rancakkan pasaran EV negara

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) hari ini melakar kejayaan baru melalui pelantikan Hap Seng Smart Sdn. Bhd. sebagai pengedar sah pertama jenama smart.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia sekaligus membuka peluang untuk PRO-NET selaku pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand untuk memperkenalkan smart #1 menjelang hujung tahun ini.

 

2

 

Pelantikan itu juga merupakan sebahagian daripada strategi smart Malaysia, yang terdiri daripada dua komponen iaitu pelantikan pengedar premium baharu dan penubuhan Pusat Jenama smart serba baharu atau smart Space, bagi meningkatkan saingan industri EV.

Hap Seng yang juga merupakan pengedar jenama eksklusif Mercedes-Benz di Malaysia mencerminkan komitmen PRO-NET untuk menembusi pasaran automotif model eksklusif dan pada masa yang sama menjadi peneraju jenama automotif EV terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara.

 

5

 

Hap Seng Group yang telah bertapak sebagai peneraju pengedar automotif terkemuka di Malaysia dengan memiliki sejarah di dalam penjualan automotif lebih 50 tahun.

Terus mengukuhkan penawaran jenama eksklusif, bilik pameran pertama smart akan dibuka pada suku keempat di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur diikuti sebuah lagi bilik pameran di Balakong, Selangor.

 

3

 

Jalinan kerjasama dengan Hap Seng Smart menjadi permulaan kepada kemasukan PRO-NET ke dalam pasaran automotif premium di Malaysia, dimana beberapa pengedar sah smart yang lain akan dilantik dan bakal diumumkan kelak.

smart akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang terbaik di dalam industri untuk memperkenalkan produk, perkhidmatan dan pengalaman jenama premium mereka.

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…
Berita Domestik
Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah…
Berita Global
smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan…