smart Malaysia perluas rangkaian pengecasan di seluruh negara

oleh Penyumbang Rencana 2|
Selepas pelancaran stesen pengecasan pantas 100kW di Proton Centre of Excellence baru-baru ini, smart Malaysia terus mengorak langkah dengan misi penyediaan tawaran pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang lengkap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat ini telah membina tiga lagi stesen pengecasan pantas berkuasa tinggi di pusat pengedaran smart Malaysia terpilih dan strategik di seluruh negara.

Tiga pusat pengecasan baharu tersebut dibina di smart Glenmarie dan smart Pulau Pinang dan smart Alor Setar.
 

dc


Terkini, smart Glenmarie (EON Berhad) dan smart Ipoh (GB Auto) dilengkapi dengan stesen pengecasan arus terus (DC) 60kW serta smart Pulau Pinang (Eleganz Lifestyle) mempunyai stesen pengecasan (DC) dengan kuasa tertinggi iaitu dengan keupayaan pengecasan (DC) 120kW.
 
Selain itu juga, di Utara, smart Alor Setar (Lee Motors) akan memperkenalkan stesen pengecasan DC 50kW, merevolusikan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik smart Malaysia di kawasan tersebut. Tambahan itu juga, smart Setia Alam (Wheelcorp EV), smart Johor Bahru (Motor Future), dan smart Melaka (Sigma Energy EV) juga bersedia untuk menyediakan stesen pengecasan DC baru dengan kapasiti 60kW hingga 120kW menjelang akhir tahun ini.
 

fxc


Perkara ini akan menyumbang dalam melengkapkan rangkaian awam stesen pengecasan berkuasa tinggi di seluruh negara sebagai tambahan kepada stesen pengecasan yang sedia ada melalui rakan-rakan kolaborasi seperti chargeEV, Gentari, dan JomCharge, justeru mampu memperluaskan akses kepada orang awam.

Maklumat lokasi stesen pengecasan termasuk status keberadaan ruang pengecasan yang dikemaskini secara langsung, boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi Hello smart. Ketika ini, tujuh puluh peratus daripada keseluruhan pengecasan awam sudah diintegrasikan ke aplikasi tersebut.

Sertai smart Malaysia dalam pameran ‘Catch Me If You Can’ oleh smart Dealer dan menjadi salah seorang daripada 501 pelanggan pertama pra-tempahan smart #1, anda bakal menikmati faedah ‘Early-Bird’ smart #1, termasuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui Aplikasi Hello smart. 
 

smart

Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…