Program ini menawarkan banyak peluang perniagaan bagi pemilik smart dan keistimewaan eksklusif dari perniagaan yang dipromosikan oleh pemilik smart.
Selaras dengan komitmen untuk memperluas ekosistem pengecasan smart, smart Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan dua Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) tambahan - DC Handal dan Carput.
Hal Ini dapat meningkatkan jumlah keseluruhan CPO kepada enam di bawah rakan kongsi PRO-NET yang secara signifikan memperkasa ekosistem IHU dan Aplikasi Hello smart untuk memberikan akses kepada maklumat stesen pengecasan secara langsung sehingga 80 peratus di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata "Kami berhasrat untuk menggalakkan lebih banyak pembangunan bersama untuk meningkatkan nilai kualiti jenama yang kami hargai, mencipta komuniti yang kuat kepada jenama smart.
"Matlamat kami adalah untuk terus menyediakan pengalaman memiliki smart premium yang terbaik, termasuk perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang dengan alat ganti mudah didapati, peta pengecasan awam yang diintegrasi, dan ekosistem digital yang lancar."