smart Malaysia lancarkan smartCare - program perkhidmatan selepas jualan cemerlang

oleh Firdaus Razani|
smart Malaysia mengumumkan pelancaran smartCare, program perkhidmatan selepas jualan yang direka untuk memastikan kebolehgunaan semua kenderaan smart dan menyediakan sokongan proaktif kepada pemilik smart sedia ada.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Program komprehensif ini merangkumi pelbagai perkhidmatan dan ciri produk yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan premium serta mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan kenderaan smart.

smart

Program smartCare memperkenalkan lapan ciri penting kepada ekosistem perkhidmatan selepas jualan smart yang merangkumi penyediaan Pengalaman Digital yang terbaik, Pengurusan Bateri serta Perkhidmatan Selepas Jualan seperti;

  1. Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi (HV) secara langsung
  2. Perkhidmatan Digital Selepas Jualan melalui Aplikasi Hello smart
  3. Pembaikan Bateri HV Tempatan
  4. Rakan Gudang & Logistik
  5. Kemudahan Outlet Servis dengan Bilik penyimpanan Bateri HV
  6. Pengecas EV di seluruh Pengedar smart
  7. Juruteknik yang berkelayakan
  8. Kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (Body & Paint).

 

Antara aspek unik dalam ekosistem smartCare ini adalah Pemantauan Bateri Bervoltan Tinggi secara langsung.

Ciri keselamatan ini direka khas untuk menawarkan solusi pencegahan bagi isu yang berpotensi berlaku melalui pemantauan kesihatan bateri secara langsung di dalam kenderaan smart.

Sistem ini membolehkan kereta menghantar notifikasi terus ke smart Central, bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan segera dalam mengekalkan prestasi dan kebolehpercayaan yang optimum.

 

smart

 

Demi memastikan tahap keselamatan yang tinggi, melindungi kenderaan dan memberi ketenangan fikiran kepada pemilik smart, sistem ini mempunyai asas komitmen smart terhadap kecemerlangannya.

Aplikasi Hello smart dapat meningkatkan pengalaman pemilikan dengan membolehkan pemilik menempah servis kenderaan dengan mudah, mengakses panduan pengguna, dan menerima bantuan kecemasan melalui tetapan antara muka pengguna (user-interface).

Tambahan, untuk sebarang pertanyaan, pemilik boleh menghubungi Pusat smartCare di talian 1-800-22-8877 bagi memastikan sokongan serta bantuan segera untuk kenderaan mereka apabila diperlukan.

 

smart

 

Selain itu, kerjasama smart dengan perkhidmatan pembaikan bateri HV tempatan juga antara ciri yang terdapat pada smartCare.

Kolaborasi dalam pengurusan bateri membolehkan smart Malaysia menyediakan pembaikan dengan segera dan mesra alam dalam menggunakan semula komponen yang berfungsi.

Ia sekaligus meminimumkan masa henti dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar.

Tambahan juga, juruteknik bateri berkelayakan di pusat pembaikan tempatan smart komited untuk memberikan tahap penjagaan yang terbaik bagi kenderaan smart.

Selain itu, rakan pasukan di smart Malaysia yang terdiri daripada pakar EV yang terlatih disokong oleh smart Central di China.

Ia memastikan perkhidmatan selepas jualan yang bertaraf tinggi melalui latihan intensif yang berterusan dan pengetahuan terkini mengenai teknologi EV.

Bakat tempatan ini dapat dinilai dengan kepakaran bertaraf antarabangsa yang diperakui di peringkat global, memberikan standard profesionalisme yang tinggi kepada mereka.

Mempunyai Rakan Kongsi Pembaikan Bateri HV tempatan adalah penting untuk menjamin keselamatan pengguna dan membina keyakinan dalam pemilikan kenderaan elektrik smart.

Selain perkhidmatan pada pelanggan, smart Malaysia menjalinkan kerjasama dengan penyelia gudang dan logistik yang dipercayai untuk memastikan alat ganti kenderaan yang tersedia dapat diuruskan dengan efisien.

Terdapat lebih daripada 3,000 SKU dan 10,000 alat ganti di dalam unit penyimpanan stok barangan khusus untuk kenderaan smart.

 

smart

 

Kerjasama ini mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi pemilik smart yang memerlukan pembaikan kereta dengan segera.

Tambahan pula, smart Malaysia juga merupakan satu-satunya jenama yang mempunyai Bilik Bateri Bervoltan Tinggi yang khas dan unik.

Bilik ini memastikan semua penyimpanan bateri dalam keadaan yang baik dan sebarang tugasan dilakukan dengan selamat dan terjamin.

Kemudahan khusus ini menonjolkan komitmen smart dalam menyediakan penjagaan yang rapi dan membezakan smart dari pesaing yang lain.

Hal ini mencerminkan dedikasi smart terhadap penjagaan alam sekitar dan keselamatan para pelanggan, sekaligus menunjukkan fokus smart yang teguh terhadap persekitaran perniagaan yang selamat.

Di samping itu, smart Malaysia juga telah memperkenalkan kemudahan baik pulih badan dan cat kenderaan (B&P) yang terletak di smart Ipoh, smart KL B&P, dan smart Penang.

Kesemua kemudahan ini serba lengkap dalam mengendalikan perlbagai perkhidmatan seperti tuntutan insurans, penggantian cermin hadapan, perkhidmatan cat dan pembaikan kenderaan.

Perkhidmatan ini menyediakan alat ganti tulen kepada pelanggan, memastikan kelestarian status waranti kenderaan dan mengekalkan standard kualiti yang tinggi.

Di samping itu juga, kesemua 10 pengedar smart di seluruh negara dilengkapi dengan pengecas EV, menawarkan akses yang mudah kepada kemudahan pengecasan AC dan DC kepada semua pemilik EV.

Dengan smartCare, pemilik kenderaan smart akan nikmati Pengalaman Pemilikan Premium Sepenuhnya dan menerima kelebihan seperti berikut;

  • Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama lapan tahun atau 200,00km
  • Jaminan komponen bervoltan tinggi selama lapan tahun atau 150,000km
  • Jaminan kenderaan selama empat tahun tanpa had perjalanan
  • Jaminan alat ganti selama dua tahun tanpa had perjalanan

 

Tambahan juga dengan Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7 bagi memastikan pengalaman pemanduan bebas masalah dan kebimbangan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di pameran ini, smart akan berkongsi maklumat yang mendalam dan demonstrasi langsung mengenai ciri-…
Berita Domestik
Program ini menawarkan banyak peluang perniagaan bagi pemilik smart dan keistimewaan eksklusif dari…
Berita Domestik
Pusat 3S itu terletak di tingkat bawah Menara TSR di Mutiara Damansara, dengan keluasan 7,500 kaki…