smart Malaysia lancarkan roadshow - pameran smart #3 terbaharu

oleh Firdaus Razani|
smart Malaysia umum smart Tour Brand Roadshow pertama, pameran di seluruh negara yang mengajak orang ramai menyaksikan kenderaan inovatif smart #1 dan #3.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Di pameran ini, smart akan berkongsi maklumat yang mendalam dan demonstrasi langsung mengenai ciri-ciri canggih kenderaan smart, termasuk kemampuan V2L dan fungsi aplikasi Hello smart.

 

ev

 

smart menjemput kepada semua peminat EV untuk menyertai smart dan mengalami kecanggihan serta prestasi daripada rangkaian smart #1 dan #3.

 

ev
smart #1 BRABUS

 

Tambahan itu, pengunjung turut berpeluang untuk memanfaatkan tawaran smart Fest dan nikmati diskaun sehingga RM30,000 untuk smart #1 BRABUS.

 

ev

 

smart kini terdapat dua model yang berada dipasaran Malaysia iaitu sebuah SUV premium, smart #1 dan baharu dilancarkan iaitu SUV Coupe, smart #3.

 

ev
Hari pelancaran smart #3 

 

Harga kedua-dua model kini adalah seperti berikut;

smart #1

  • Pro - RM169,000
  • Premium - RM209,000
  • Brabus - RM249,000

 

smart #3

  • Pro - RM175,000
  • Premium - RM215,000
  • Brabus - RM255,000

Pelanggan boleh menghubungi pengedar rasmi smart pilihan mereka untuk maklumat lanjut mengenai model smart terkini atau  layari https://my.smart.com/#/.

Pengunjung juga akan mendapat maklumat yang terperinci mengenai ekosistem smart dan berpeluang untuk merasai pandu uji kenderaan smart.

Lokasi dan tarikh smart Tour Brand Roadshow adalah seperti berikut;

  • Level 2 (Centre Court), Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur - (11 - 14 Julai 2024)
  • Setia Alam Convention Centre (EVx) - (20 & 21 Julai 2024)
  • Ground Floor, Gurney Plaza, Penang - (4 - 8 September 2024)
  • Ground Floor, Mid Valley South Key, Johor Bahru - (19 - 22 September 2024)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini menawarkan banyak peluang perniagaan bagi pemilik smart dan keistimewaan eksklusif dari…
Berita Domestik
Program komprehensif ini merangkumi pelbagai perkhidmatan dan ciri produk yang bertujuan untuk…
Berita Domestik
Pusat 3S itu terletak di tingkat bawah Menara TSR di Mutiara Damansara, dengan keluasan 7,500 kaki…