'Smart lane' akan diperbanyak, lorong kecemasan bukan hak eksklusif penunggang motosikal

oleh Penyumbang Rencana|
foto makluman Smart Lane
Lorong kecemasan di lebuh raya bukanlah hak eksklusif untuk penunggang motosikal, sebaliknya ia merupakan kemudahan bersama yang turut digunakan oleh kenderaan yang berhenti akibat kerosakan.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Sazali Harun berkata, kegunaan lorong kecemasan itu cuba dimaksimumkan melalui pengenalan laluan lorong pintar atau smart lane pada waktu tertentu bagi mengatasi isu kesesakan sementara terutama pada hujung minggu, cuti serta musim perayaan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurutnya, walaupun pada peringkat awal, sistem smart lane menimbulkan kebimbangan terutamanya berkaitan laluan ambulans semasa kecemasan, namun ia semakin diterima oleh pengguna jalan raya.

“Ada kebimbangan tentang bagaimana ambulans dapat sampai ke lokasi kecemasan jika jalan sesak. Namun, selepas berbincang, kami melihat bahawa ambulans dilengkapi dengan siren dan pengguna jalan raya akan memberi ruang apabila ambulans datang. Kaedah yang sama juga boleh diaplikasikan di lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mini Karnival Program Satu Pemimpin Satu Kampung di Kampung Terusan Seberang pada Sabtu.

Sazali berkata, melalui beberapa projek perintis di lokasi terpilih, sistem smart lane semakin ditambah baik dengan sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ujarnya, setiap pelaksanaan dan perancangan dilakukan secara teliti dengan mengambil kira aspek keselamatan dan keperluan.

Menurut beliau, kemudahan smart lane akan diperbanyak dan pada masa sama aspek keselamatan penunggang motosikal turut menjadi keutamaan.

"Saban hari saya menerima mesej kemalangan maut disebabkan motosikal melanggar kenderaan statik.

"Pada ketika itu ramai beranggapan lorong kecemasan ini lorong eksklusif penunggang motosikal tetapi ia turut digunakan untuk kegunaan kenderaan berhenti apabila alami kerosakan," katanya.

Justeru katanya, kesedaran mengenai perkara ini perlu dipergiat supaya penunggang motosikal lebih berhati-hati ketika berada di lebuh raya.

"Sekarang alhamdulillah penunggang motosikal semakin ada kesedaran bahawa lorong kecemasan untuk dikongsikan bersama.

"Kalau dulu jika ada kereta lalu lorong kecemasan, penunggang motosikal akan tendang dan sebagainya tapi sekarang, ia semakin diterima," katanya.

Sazali turut menjelaskan bahawa smart lane hanya boleh digunakan untuk kenderaan ringan di lorong kecemasan yang mempunyai keluasan tiga meter, serta di lokasi-lokasi tertentu seperti lorong mendaki.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Smart lane merujuk kepada penggunaan bahu jalan raya atau lorong kecemasan secara terkawal untuk…
Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…