Smart-Geely mahu bikin SUV elektrik urban

oleh Mohamad Hanif|
Smart kini mahu lebih dikenali sebagai jenama automotif elektrik yang mengkhususkan kepada penghasilan kenderaan urban selepas termeterai perjanjian antara Geely dan Daimler pada Januari lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selain daripada pengenalan semula model Smart ForTwo dan Smart ForFour versi elektrik yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini, Smart juga diberitakan mahu menghasilkan SUV elektrik menjelang tahun 2022.

Pengenalan ini merupakan sebahagian daripada perancangan Smart untuk meningkatkan lagi kadar penjualan kenderaan, disebabkan Smart pada ketika ini tidak memiliki volum yang mencukupi untuk kekal kompetitif di dalam pasaran.

Bersama-sama dengan model SUV elektrik, Smart ForTwo dan Smart ForFour berkemungkinan dibangunkan atas platform yang serupa yang akan dipasang di China sebelum dieksport ke pasaran global.

Menurut Markus Schafer, ketua unit R&D Mercedes berkata, "dengan bekerja bersama Geely, kami kini mempunyai akses kepada skala yang lebih besar, kepakaran Geely serta teknologi Volvo sedia ada.

Tambah beliau lagi, "kami kini mempunyai jenama, kejuruteraan dan kuasa rekaan dan ia merupakan satu permulaan yang sangat baik. Dari segi produk, tunggu sahaja perkembangannya."

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…
Berita Domestik
Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah…
Berita Global
smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan…