smart dedah video acah #1 versi talaan Brabus - dua motor elektrik, kuasa 400 hp?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa bulan selepas pelancaran rasmi model EV smart #1 di China, smart dilihat memuat naik sebuah video acah berkenaan kehadiran versi prestasi tinggi menerusi laman media sosial Instagram.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan beberapa laporan, smart #1 versi pantas itu bakal mendapat talaan rasmi daripada Brabus, menampilkan beberapa ciri yang unik seperti yang ditunjukkan di dalam video ringkas tersebut.

 


Antaranya seperti penampilan warna dua tona dengan bumbung berwarna merah, jeriji hadapan beriluminasi merah, spoiler belakang yang lebih besar, serta rekaan rim aerodinamik baharu.

Sementara ruang kabin pula menampakkan kehadiran butang fungsi Driving Mode, menandakan terdapat beberapa mod pemanduan termasuk mod Sport yang bakal ditawarkan pada model #1 Brabus itu, serta diiringi dengan runut bunyi elektrik yang lebih bertenaga.
 

Smart


Di pasaran China, smart #1 dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 264 hp, dan versi Brabus dijangka akan menawarkan tetapan dua motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda, dan angka output setinggi 400 hp.

Pek bateri 66 kWh itu mungkin akan dikekalkan dengan julat operasi yang lebih pendek berbanding 440 km pada model asal, sementara sistem gantungan juga mungkin akan mendapat tetapan baharu untuk pengendalian yang lebih baik.

smart dijangka akan memperkenalkan #1 Brabus itu dalam masa terdekat, sebelum pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada tahun 2023.
 

smart


Untuk pasaran Malaysia, tidak dapat dipastikan sama ada pengedar rasminya Proton Edar akan membawa masuk versi pantas ini, namun yang pasti versi bukan Brabus telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun depan.

Berdasarkan laporan terdahulu, CEO Proton Roslan Abdullah mengesahkan #1 merupakan salah satu daripada tiga model baharu yang akan diperkenalkan oleh Proton dalam masa dua tahun akan datang.


Teaser smart #1 Brabus

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…