smart #1 BRABUS, model elektrik tampil lebih sporti!

oleh Muhammad Md Tajudin|
smart #1 Brabus
smart #1 Brabus
Pada tahun 2019, smart Automobile Co., Ltd. secara rasminya ditubuhkan. Syarikat terbaru ini bukan seperti dahulu, ianya adalah kerjasama di antara Mercedes-Benz AG (Mercedes-Benz) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding).

Berada di dalam kumpulan Geely, PROTON turut menerima faedah apabila dilantik sebagai pengedar kenderaan smart di pasaran tempatan dan Thailand.

Model pertama era Mercedes-Benz dan Geely hanya ringkas dikenali sebagai smart #1 dan telah dilancarkan di China pada April 2022 dan bakal menyusul di Eropah serta pasaran lain.

smart #1 adalah hasil rekaan Mercedes-Benz dan kerja-kerja pembangunan dilaksanakan oleh Geely selain pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) oleh syarikat itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
smart #1 Brabus

 

Saiz smart #1 bukan lagi comel lotey seperti fortwo dan sudah berkembang kepada saiz crossover.

Menambah lagi tarikan buat pasaran ialah versi sporti smart #1 BRABUS. 

Hubungan smart dan BRABUS telah berlangsung lama atau lebih tepat sejak Mac 2002 lagi. Model yang ditawarkan pastilah si comel fortwo dan forfour.

smart #1 BRABUS tampil dengan komponen luaran dan dalaman yang menjadikannya lebih agresif dan istimewa.

 

smart #1 Brabus

 

Di antara kelengkapan yang dipasang ialah gril, lips atau air curtain bampar depan, spoiler bumbung yang kesemuanya mempunyai riasan atau berwarna merah.

Roda asal diganti dengan roda 19 inci dynamo dan mempunyai corak berbeza daripada roda BRABUS lain yang biasa dilihat.

Dari depan, smart #1 nampak sama dengan model biasa tetapi ada perbezaan dengan liang bampar yang mempunyai sirip dan dua bukaan pada muncung bonet.

Pada bahagian dalam, kerusi dibalut suede mikrofiber dengan logo BRABUS, stereng balutan Alcantara dan kulit dan tali pinggang keledar warna merah.

Satu lagi komponen menarik ialah penghadang matahari jenis lut cahaya yang nampak bergaya dan pedal aloi.

 

smart #1 Brabus

 

Berkenaan rangkaian kuasa, maklumat terperinci belum diberikan dan sebagai rujukan smart #1 pasaran China ditawarkan dalam dua varian iaitu Pro+ dan Premium.

Kedua-duanya digerakkan motor elektrik pacuan belakang dengan kuasa 200 kW (268 hp) dan daya kilas 343 Nm.

Bateri yang dibekalkan berkapasiti 66 kWj dengan jarak gerak 420 km sehingga 440 km mengikut standard WLTP.

Tentang harga, smart #1 dijual pada 190,000 yuan (RM126,120) dan 230,000 yuan (RM152,671) untuk varian Premium.

smart #1 sudah disahkan untuk memasuki pasaran tempatan pada suku keempat 2023.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

smart #1 Brabus

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…