Sleeper sebenar: Restomod Mercedes-Benz W108 1968 dengan enjin C 63 AMG 2017!

oleh Mohamad Hanif|
Ketika zaman kegemilangan W108, versi yang paling berkuasa pernah dihasilkan merupakan model 280 SEL yang didatangkan dengan enjin 4.5 liter bentangan V8 menghasilkan 195 hp.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia cukup berkuasa pada zaman itu, namun tidak di zaman yang serba moden ini.

 

 


Disebabkan itu, pemilik Mercedes-Benz W108 tahun 1968 ini membuat keputusan untuk menukarkan enjin asal kepada unit AMG yang lebih berkuasa, lebih tepat lagi datang dari Mercedes-AMG C 63 S tahun 2017!

Enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar tersebut asalnya mampu menghasilkan 503 hp dan 700 Nm, namun ia telah ditala kembali serta dipadankan dengan sistem perpaipan baharu supaya berupaya menjana 514 hp berbanding kuasa asal 393 hp menggunakan ujian dyno.

 

 


Dari segi luaran, pemilik The AMG_OG yang berpusat di Brisbane mengekalkan rupa luaran supaya ia tampak sleeper yang sebenar.

Malah, cat asal turut dikekalkan oleh pemilik, melainkan beberapa perubahan seperti rim lima jejari bersaiz 19 inci, brek AMG yang besar serta emblem S pada bahagian belakang yang memberikan amaran ia bukan W108 yang biasa-biasa.

 

 


Sementara ruang kabin pula menampilkan roda stereng balutan Alcantara, papan pemuka yang lebih moden lengkap dengan skrin infotainmen, serta tempat duduk jenis bucket.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AMG OG (@the_amg_og_)

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini Volvo P1800 Cyan itu lebih berorientasikan litar lumba, kali ini Cyan Racing mahu…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Ash Thorp, pereka Batmobile bergaya muscle car yang muncul dalam filem tersebut kini telah…