SkyDrive berjaya lengkap ujian pertama penerbangan 'kereta terbang'

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat dari Jepun, SkyDrive telah pun selesai menjalani ujian terhadap 'kereta terbang', atau nama yang lebih tepat lagi eVTOL (electric vertical takeoff and landing).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model eVTOL yang digelar sebagai 'Manned Machine SD-03' yang menggunakan lapan unit motor elektrik dan lapan propeller itu berjaya diterbangkan beberapa kaki dari atas tanah selama beberapa minit sebelum selamat mendarat.

Kejayaan ini memberikan satu harapan buat para pembangun projek kereta terbang, memandangkan menurut Tomohiro Fukuzawa dari SkyDrive, "daripada lebih 100 projek di seluruh dunia, hanya beberapa projek sahaja yang berjaya terbang dengan kehadiran manusia mengendalikannya.

"Saya berharap dengan kejayaan ini, lebih ramai yang mahu menaiki kereta terbang ini dan berasa selamat duduk di dalamnya.

 


Menurut Fukuzawa lagi, prototaip SkyDrive ini mampu terbang selama lima hingga 10 minit, namun ia dijangka mampu berada di udara sehingga 30 minit.

"Dengan ini, ia mempunyai potensi untuk dipasarkan kepada pasaran lain, termasuklah China," ujar beliau lagi.

 


SkyDrive memulakan projek ini pada tahun 2012 dan menerima dana daripada syarikat-syarikat besar Jepun seperti Toyota, Panasonic, serta syarikat permainan Bandai Namco.

Malah, baru-baru ini mereka telah menerima 3.7 billion yen (RM145 juta) dalam pusingan pembiayaan terbaharu mereka, termasuklah dana daripada Bank Pembangunan Jepun.

 


Terdapat pelbagai cabaran dalam usaha untuk mengkomersialkan eVTOL, seperti kawalan trafik udara, saiz pek bateri serta infrastruktur yang bersesuaian.

Menurut pengasas bersama sebuah lagi syarikat eVTOL, Near Earth Autonomy, Sanjiv Singh berkata, "sekiranya eVTOL hadir dengan kos $10 juta (RM41 juta), tiada siapa akan membelinya.

"Jika ia memiliki keupayaan untuk terbang selama lima minit, tiada siapa yang akan memilikinya, dan jika kereta terbang ini tidak selamat, sudah pasti tiada siapa akan berani mencubanya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, syarikat pengeluar Suzuki telah menandatangani perjanjian untuk membina model eVTOL…