Skuter Yamaha EGO Gear rasmi dilancarkan - harga dari RM5,418

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pelancaran Yamaha MT-09, Hong Leong Yamaha Motor hari ini secara rasmi melancarkan penawaran skuter baharu, Yamaha EGO Gear untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter ini menggunakan nadi BlueCore silinder tunggal 125 cc SOHC yang mampu menghasilkan 9.39 hp @ 8,000 rpm, dan daya kilas 9.6 Nm @ 5,500 rpm dengan transmisi automatik.
 

YEGO


Enjin ini turut menampilkan teknologi Smart Motor Generator, ciri Start-Stop, serta indikasi mod Eco yang menawarkan tunggangan yang lebih lancar dan senyap untuk kegunaan seharian.
 

YEGO


Dari segi kelengkapan, Yamaha EGO Gear didatangkan dengan lampu utama LED, paparan meter analog yang ringkas, slot kuasa untuk pengecasan peranti pintar, serta butang lampu kecemasan.
 

YEGO


Rim pula adalah bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 70/90 depan, dan 90/80 di bahagian belakang, sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 750 mm.

Yamaha EGO Gear dijual pada harga bermula dari RM5,418.62 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans, dan setiap pembelian didatangkan dengan kunci cakera brek secara percuma.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…