Skuter Mobiliti Urban - BMW C 400 GT dan BMW C 400 X kini di Malaysia (harga mula dari RM44,500 OTR)

oleh Mohamad Hanif|

BMW Motorrad membawakan dua varian skuter premium bersaiz sederhana iaitu BMW C 400 X dan C 400 GT.

Apa yang membezakan antara kedua-dua buah skuter ini ialah penggayaan di mana BMW C 400 X membawakan elemen rekabentuk yang lebih dinamik dan ringan, manakala reka bentuk C 400 GT pula lebih besar, sesuai dengan namanya sebagai varian Gran Turismo bagi BMW C 400 X.
 


Kedua-dua skuter ini didatangkan dengan pencahayaan lampu utama jenis LED asimetrik (C 400 X) dan berkembar (C 400 GT), skrin paparan bersaiz 6.5 inci TFT, ciri BMW Motorrad Multi-Controller serta aplikasi BMW Motorrad Connected App. 

Kuasa pula diperoleh daripada unit enjin silinder tunggal bersesaran 350 cc, memberikan output sekitar 34 kuasa kuda dan daya kilas 35 Nm digandingkan dengan transmisi CVT. 
 


Sistem brek anti-kunci ABS didatangkan sebagai ciri standard, selain daripada ciri Kawalan Kestabilan Automatik (ASC). 

Untuk BMW C 400 GT, tiga warna pilihan diberikan iaitu Alpine White, Black Storm dan Moonwalk Grey, manakala BMW C 400 X pula tampil dengan warna Zenith Blue, Black Storm dan Alpine White. 

 

 

Harga jualan pula adalah seperti berikut: 

BMW C 400 X - RM44,500.00
BMW C 400 GT - RM48,500.00

serta didatangkan dengan waranti selama tiga tahun dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun. 

Dengan pelan pembiayaan BMW Motorrad, para pemilik boleh mendapatkan model skuter di atas pada ansuran bulanan serendah RM550.00 berdasarkan pinjaman 80% untuk tempoh empat tahun. 

 

Add new comment

Careta Ad