Skuter maxi Zontes 350 Series 2023 rasmi – 36 hp, 38 Nm, ABS, TPMS, dua varian, dari RM23,800

oleh Mohamad Hanif|
Zontes Distribution Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasmi motosikal berjenama Zontes telah melancarkan model skuter maxi Zontes 350 Series untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat dua varian ditawarkan, iaitu 350D dan 350E, di mana kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 349 cc yang mampu menjana kuasa 36 hp dan 38 Nm.
 

350D


Zontes 350D direka untuk mobiliti di dalam bandar, dengan rekaan badan yang lebih ramping dan berat sekitar 190 kg, menjadikannya skuter dengan nisbah kuasa kepada berat yang tertinggi di dalam kelasnya.

Ia dilengkapi dengan tangki sebesar 12 liter dengan jarak tunggangan sejauh 400 km untuk setangki penuh, mod ECO untuk penjimatan bahan api, serta talaan suspensi yang lebih selesa.
 

350E


Sementara model Zontes 350E pula membawakan jarak antara roda yang lebih panjang, iaitu 1,565 mm (350D 1,405 mm), kapasiti tangki yang lebih besar (16 liter) membenarkan jarak tunggangan sejauh 457 km, dan ruang simpanan bawah pelana sebesar 50 liter yang boleh memuatkan dua topi keledar full-face.

Bukan itu sahaja, berat sekitar 203 kg menjadikannya lebih sesuai untuk perjalanan jauh, diikuti dengan bar hendal aloi aluminium yang boleh dilaras dua kedudukan untuk posisi tunggangan yang lebih selesa.

Zontes 350E juga turut menawarkan fungsi pemanas pendikit untuk keselesaan tunggangan sewaktu musim sejuk.
 

350D


Ciri lain termasuklah sistem kawalan tanpa kunci, skrin TFT berwarna 6.7 inci yang boleh disambungkan kepada peranti pintar, cermin penghadang angin boleh laras kawalan elektronik, serta pengecasan pantas peranti pintar 18W (USB-A dan USB-C).

Ciri keselamatan standard yang dibekalkan termasuklah sistem brek ABS dua saluran, sistem kawalan cengkaman (TCS), sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), serta angkup brek empat omboh J Juan.
 

35


Harga jualan skuter maxi Zontes 350D bermula dari RM23,800 sementara Zontes 350E berharga dari RM25,800, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Setiap pembelian disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km perbatuan, dan jaminan komponen enjin sehingga tiga tahun atau 30,000 km tertakluk kepada terma dan syarat.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dari segi kuasa, ketiga-tiga model ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal 155 cc (…