Skuter maxi Honda Forza 250 dilancarkan secara rasmi di Indonesia - RM21k!

oleh Mohamad Hanif|
PT Astra Honda Motor telah melancarkan skuter maxi Honda Forza 250 secara rasmi menerusi acara pameran Indonesia Motorshow (IMOS) baru baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan rekaan serba agresif bagi menyaingi bentuk skuter Yamaha XMAX, Forza juga didatangkan dengan enjin 250 cc silinder tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 22.8 hp, dan turut dilengkapi ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC), memberikan lebih cengkaman tayar kepada jalan. 

Walaupun ciri-ciri lain seperti ruang barang yang luas mampu memuatkan dua buah helmet, sistem keyless, lampu LED dan reka bentuk agresif, kelebihan yang ada pada Forza ialah kebolehan melaraskan ketinggian windshield, tidak ada pada XMAX. 
 


Sistem keyless Honda Smart Key ini turut diintegrasikan dengan penggera anti-curi dan ciri Answer Back System seandainya pemilik terlupa di mana lokasi meletakkan skuter cantik ini. 

Dengan warna yang ditawarkan seperti Pearl Horizon White, Sword Silver Metallic dan Mat Gunpowder Black Metallic, harga yang diumumkan oleh PT Astra Honda Motor secara rasmi ialah Rp 76.5 juta (RM21,153 mengikut kadar pertukaran wang semasa). 
 


Sebagai perbandingan, harga jualan Yamaha XMAX di Malaysia bermula dari RM21,225 (termasuk SST), dan sekiranya pihak Boon Siew Honda ingin membawa masuk model ini, kami jangkakan ia akan menjadi saingan yang hebat kepada XMAX. 

Lihat sahaja sejak kebelakangan ini mereka aktif membawa masuk model-model baharu untuk pasaran Malaysia dengan harga yang agak berdaya saing. 
 


Adakah pihak BSH akan membawa masuk model ini ke pasaran Malaysia? 

Sama-sama kita nantikan. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Skuter tersebut dikuasakan dengan nadi dua silinder sebaris bersesaran 550.4 cc yang mampu…
Model Terbaharu
Seperti yang diketahui, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah dilantik sebagai pengeluar dan pengedar…
Pelancaran Motosikal
Terdapat dua varian ditawarkan, iaitu 350D dan 350E, di mana kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin…