Skuter kembara Honda ADV 250 bakal muncul di Tokyo Motor Show 2019!

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu berita yang dipetik daripada Indian Auto Blog, Honda yang sebelum ini memperkenalkan skuter kembara ADV 150 sedang giat menyediakan varian yang lebih besar, dinamakan sebagai ADV 250.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laman web permotoran dari India itu memetik media automotif Indonesia, TMC Blog yang mendedahkan versi ADV yang lebih besar itu bakal membuat kemunculan rasmi di Tokyo Motor Show 2019, tahun ini.

Sumber itu turut menyebut bahawa skuter bersesaran 300 cc pula akan turut diperkenalkan pada acara EICMA 2019.

Difahamkan, ADV 250 akan dikhususkan buat pasaran seperti Jepun dan Asia Tenggara, manakala ADV 300 pula akan dijual di pasaran Eropah. 
 


Dari segi rekaan luaran, ADV 250 dan ADV 300 dikatakan bakal menyamai apa yang ditawarkan pada skuter ADV 150 (dan X-ADV), dengan rekaan grafik yang agresif. 

Ciri yang terdapat pada ADV 150 - seperti penghadang angin, dan sistem lampu LED sepenuhnya akan turut ditawarkan pada skuter kembara kelas 250 cc dan 300 cc itu. 

Kelengkapan pengendalian juga turut dikekalkan pada skuter terbaharu itu, termasuklah fork hadapan konvensional, penyerap hentak berkembar di belakang, cakera brek di hadapan dan belakang serta bantuan brek ABS dua hala. 
 


Sebut pasal enjin, versi suku liter ADV 250 akan didatangkan dengan enjin silinder tunggal bersesaran 249.01 cc sejukan cecair dengan kuasa 23.5 PS dan 24 Nm daya kilas maksimum. 

Manakala versi yang dikhususkan untuk Eropah, ADV 300 pula hadir dengan penawaran enjin silinder tunggal 279 cc sejukan cecair yang mampu menjana 25.1 PS dan 27.2 Nm daya kilas. 
 


Di Indonesia, pihak Astra Honda Motor menawarkan ADV 150 ABS pada harga bermula Rp 36.5 juta (RM10,758) manakala ADV 150 CBS pula sedikit rendah, iaitu Rp 33.5 juta (RM9,873) atas jalan Jakarta. 

Setakat ini masih tidak kedengaran berita bahawa pihak Boon Siew Honda akan membawa masuk model ADV 150 ke pasaran Malaysia.

Atau mungkin sinar baharu akan hadir selepas kemunculan rasmi ADV 250 di Tokyo tahun ini? 

 


Sumber: Indian Auto Blog, TMC Blog

Berita Berkenaan

Berita Global
Menjelang akhir November tahun lalu, Honda telah melancarkan sebuah lagi skuter di bawah genre yang…
Berita Global
Dari segi kuasa, ADV 350 hadir dengan enjin silinder tunggal sejukan cecair 330 cc yang mampu…
Pelancaran Motosikal
Honda ADV 150 2021 ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal eSP 150 cc dengan sistem pancitan…