Skuter eletrik Blueshark R1 rasmi di Malaysia - Bateri boleh ganti, 110 km jarak gerak, harga dari RM7,190

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperlihatkan pada tahun 2022, salah satu jenama skuter elektrik paling maju, Blueshark R1 akhirnya dilancarkan untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Era mobiliti pintar di Malaysia bakal dimeriahkan dengan ketibaan skuter elektrik pintar Blueshark R1 yang sarat dengan pelbagai teknologi moden.

 

2

 

Pertama sekali, skuter Blueshark R1 itu dikuasakan oleh motor magnet tetap 5000 kW yang mampu menghasilkan daya kilas sehingga 201 Nm!

Skuter elektrik itu juga mampu bergerak sejauh 110 km pada cas penuh dan mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 80 kmj.

 

3

 

Motor elektrik pada skuter itu dikuasakan oleh dua pek bateri litium ion (LFP) yang boleh diganti dengan pantas di mana-mana stesen penukar bateri Blueshark (BlueStation), atau boleh dicas penuh dalam masa 3.5 jam sahaja.

Pek bateri itu menggunakan sistem dengan paten teknologi Multi-Battery Management System (BMS) dimana ia mempunyai sehingga 20 sensor dalam setiap pek bateri.

 

3

 

Blueshark R1 turut didatangkan dengan 5 mod tunggangan yang merangkumi 3 tunggangan biasa, 1 mod mengundur dan 1 mod turbo.

Blueshark R1 juga dilengkapi dengan perisian ArkRide OS yang merangkumi fungsi sambungan Bluetooth, navigasi GPS, pemain media, pengemaskinian OTA, perakam tunggangan dan banyak lagi.

 

4

 

Kesemua fungsi itu dapat diakses melalui paparan skrin digital sentuh HD IPS berwarna 10.4” mesra pengguna yang mempunyai penarafan kalis air IPX5.

Untuk varian R1 Lite, lain-lain spesifikasi adalah sama, dimana ianya tidak akan dilengkapi dengan perisian ArkRide OS.

 

5

 

Bagi menawarkan akses mobiliti urban kepada orang ramai, Blueshark R1 akan ditawarkan dengan pelbagai opsyen pemilikan, ia termasuk pembelian terus dan tawaran pakej-pakej langganan.

Untuk pembelian terus, harga skuter itu bermula dari RM7,190 untuk Blushark R1 Lite dan RM9,390 untuk Blueshark R1, harga itu tidak termasuk atas jalan, insurans dan pengecualian SST.

 

6

 

Pembelian itu termasuk 1 pengecas, 2 sangga pengecas dan 1 kunci Bluetooth, manakala sewaan 2 pek bateri akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM 79 sebulan.

Untuk pakej sewaan korporat pula, ia ditawarkan pada harga RM487 sebulan untuk Blushark R1 Lite dan RM547 sebulan untuk Blueshark R1, dimana ianya termasuk penyelenggaraan berjadual dan penggantian alat ganti.

 

7

 

Sewaan bulanan itu juga termasuk 2 bateri, 1 kunci Bluetooth dan kad Sim Kit pengecasan rumah opsyenal berdeposit RM250 yang boleh dikembalikan.

Untuk pakej sewaan itu, pelanggan perlu memilih pelan langganan bateri BlueSwap untuk melengkapkan sewaan skuter tersebut, berikut merupakan pelan yang ditawarkan:

 

  • BlueSwap Lite (RM 59/sebulan, sebanyak 36 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Standard (RM 99/sebulan, sebanyak 70 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Pro (RM 139/sebulan, sebanyak 120 pertukaran bateri)
  • BlueSwap Flex (RM 1.95, bayaran mengikut pertukaran)

 

7

 

Buat masa ini, skuter Blueshark R1 akan didatangkan dengan unit CBU yang diambil dari China, namun ianya dijangka datang dengan unit CKD yang akan dipasang di kilang Glenmarie, Shah Alam pada suku ketiga tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, pesanan tersebut diterima susulan…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan dalam satu majlis tandatangan memorandum kerjasama (MoC) antara Blueshark…
Berita Domestik
  Kebenaran itu diperoleh kira-kira sebulan selepas Kumpulan menerima Kelulusan Bersyarat daripada…