Skuter elektrik Yamaha NEO'S untuk Eropah, bakal masuk ASEAN!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Yamaha NEO'S
Yamaha NEO'S
Kebelakangan ini pengeluar kereta tidak putus melancarkan kenderaan elektrik masing-masing.

Di negara kita pun sama, beberapa model elektrik global sudah pun memasuki pasaran pada harga yang menarik susulan pengecualian duti oleh kerajaan.

Ini pula tentang kenderaan elektrik tetapi jenis roda dua. Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan penawaran skuter elektrik NEO's di Eropah bermula bulan ini.

Apa lagi yang menarik? Yamaha turut merancang untuk memperkenalkan NEO's di pasaran ASEAN secara berperingkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Yamaha NEO'S

Dijual di Eropah, NEO's dikeluarkan oleh Yamaha Motor Vietnam Co., Ltd. (YMVN).

Dari gambar, NEO's adalah sebuah skuter ringkas di dalam kelas 2.5 kW dengan gayaan menarik dan konsep sebegini dilihat mampu mencambah minat pengguna untuk mencuba dan memilikinya.

Di Eropah wujud segmen pengguna baharu yang mahu bertukar dari pergerakan berkereta kepada roda dua.

Perubahan itu didorong oleh peraturan di bandar seperti zon tanpa kenderaan, masalah parkir dan kesesakan trafik.

Pengguna skuter kecil juga mahu beralih kepada model elektrik dan dijangka semakin meningkat pada masa depan.

 

Yamaha NEO'S

 

Dari segi teknikal, NEO's dilengkapi Unit Kuasa Bersepadu Yamaha II (YIPU II) dan bateri dengan anggaran jarak gerak 37 kilometer.

Jarak tersebut memang tidak jauh namun sudah cukup untuk melakukan rutin harian tambahan pula bateri NEO's boleh ditukar ganti.

Strategi begini memang bagus kerana pengguna tidak perlu menunggu lama untuk mengecas. Pergi ke stesen bateri dan tukar sahaja.

Berkenaan harga, NEO's ditawarkan pada 2,999 Euro (RM13,808) dan Yamaha mensasarkan untuk menjual 10,000 unit setahun di Eropah.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Yamaha NEO'S

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Reka bentuk PAS Wagon dibuat mesra pengguna melalui rangka bentuk U yang rendah dan mudah untuk…
Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…